suria

“Dia ada trauma masa kecil” - Lufya dedah anak kerap pukul muka sendiri, buat rawatan terapi bantu Haura

Lufya dedah anak pernah hidap speech delay dan hyperactive.

PELAKON Lufya Omar mendedahkan anaknya iaitu Laana Haura pernah berdepan trauma dan kerap memukul mukanya sendiri semasa masih bayi.

Kata Lufya atau nama sebenarnya Lufya Sheikh Omar, 37, dia tidak pernah mendedahkan perkara tersebut kepada umum sebaliknya mencari rawatan terbaik buat anaknya yang kini berusia lima tahun itu.

Lufya bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila rawatan yang diberikan memberi perubahan positif buat anaknya sekaligus menjadikan Haura seorang kanak-kanak yang periang.

Lufya dedah Haura hidap speech delay dan hyperactive.

"Dia ada trauma masa kecil (selalu pukul muka) speech delay, dan hyperactive dan sekarang Haura berubah menjadi anak yang suka senyum, positif, baik dan kuat.

"Lufya bawa pergi terapi untuk bantu Haura. Alhamdulillah dah lancar bercakap! Fya tak pernah kongsi ini kepada umum," katanya.

Lufya mendedahkan mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya dedah isu nafkah sudah lama berlarutan di mahkamah, bekas suami dan Julia Farhana dakwa difitnah berdepan tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana buat laporan polis jadi mangsa fitnah Lufya Omar, dedah bakal berkahwin dengan Dr Che Hafiz

Dalam pada itu, Lufya memberitahu dia berjaya melalui situasi mencabar itu dengan sokongan keluarga yang sudi berganding bahu menjaga Haura sejak lahir lagi.

"Haura sudah ada enam emak. Saya, mama dan empat adik perempuan saya telah sama-sama berganding tangan menjaga Haura sepenuh hati sejak dari lahir lagi.

"Saya terhutang budi dan hormati mereka kerana sanggup korbankan masa, duit, berkongsi tekanan dan susah senang bersama.

Sekarang Haura berubah menjadi anak yang suka senyum, positif, baik dan kuat.

LUFYA OMAR

PELAKON

"Kakak tak pernah cakap ini. Tapi hari ini akak bersyukur mama didik kita semua adik beradik bersatu hati dan ikhlas menjaga satu sama lain," katanya lagi.

Sementara itu, Lufya memberitahu tujuannya berkongsi kisah ini kepada umum adalah kerana mahu menyedarkan orang ramai bahawa ibu tunggal mampu mendidik anak dengan baik dan menjadi lebih mudah apabila menerima sokongan keluarga.

Dia turut menitipkan pesanan agar orang ramai tidak memberi tekanan kepada mereka yang mengalami masalah sama, sebaliknya memberikan sokongan untuk bangkit berdepan ujian itu.

Lufya Syukur dapat sokongan daripada adik beradik dalam menjaga Haura.

"Bantulah ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalami masalah seperti saya. Jangan dipersalahkan dan menekan mereka. Wanita ini nampak zahirnya lemah tetapi jika diberikan dorongan yang positif mereka akan bangkit lebih baik dari yang dulu.

"Berikan kata-kata hikmah dan positif bagi mereka yg mengalami penceraian sama ada diceraikan atau memohon cerai. Pasti ada yang tidak benar berlaku dalam perhubungan dalam rumah tangga. Sokongan keluarga dan sahabat sangatlah penting," kongsinya.

Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016.

Bagaimanapun, pasangan itu disahkan bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain