suria

Satu-satunya radio bahasa Melayu catat peningkatan pendengar, Suria FM naik ranking nombor 3… DJ Lin ucap terima kasih atas sokongan

Suria FM kini berada di kedudukan ketiga stesen radio tempatan.

STESEN Suria FM berjaya melakar sejarah apabila diumumkan sebagai satu-satunya radio berbahasa Melayu dikalangan lima terbaik yang mencatatkan peningkatan jumlah pendengar.

Menurut Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, stesen radio berkenaan juga naik satu anak tangga di kedudukan ketiga selepas keputusan tinjauan diumumkan pada Selasa.

"Hari ini DJ Lin dan tenaga kerja Suria FM menerima berita gembira apabila stesen radio kami berjaya mencatatkan jumlah pendengar yang tinggi.

"Daripada segi kedudukan juga, Suria FM kini berada di kedudukan yang ketiga. Alhamdulillah, syukur," ujarnya.

DJ Lin menzahirkan rasa bangga dan berterima kasih atas kejayaan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.

dj1 - 1

Dj Lin mengucapkan terima kasih buat pendengar Suria FM.

ARTIKEL BERKAITAN: Terjah konti 'Morning Morning Suria'! Gandingan Shuib, Ajak dan Suraya cukup serasi... Patutlah jadi pilihan pendengar

ARTIKEL BERKAITAN: 'Morning Morning Suria Belanja Makan' terima sambutan luar biasa! Peminat sanggup datang awal untuk bertemu penyampai

Tambahnya lagi, kejayaan ini adalah ganjaran yang dikurniakan oleh Allah SWT atas segala penat lelah yang mereka lalui selama ini.

"Daripada awal tinjauan dibuat, macam-macam kami tempuhi, pelbagai rintangan yang perlu dihadapi.

"Bersama linangan air mata yang mengiringi usaha kami demi Suria FM. Alhamdulillah, ayuh kita raikan kejayaan ini," katanya.

dj2 - 1

Dari kiri: Suraya, Shuib dan Ajak selaku penyampai radio Suria FM.

Dalam pada itu, DJ Lin turut mengucapkan terima kasih buat semua pendengar yang tidak henti-henti mendoakan dan menyokong mereka.

Malah, kejayaan ini juga merupakan hadiah terbesar sempena ulang tahun ke-15 yang bakal diraikan pada 24 November depan.

"Buat semua pendengar Suria FM, saya mengucapkan terima kasih atas segala doa kalian.

"Berita gembira ini juga adalah sebagai hadiah terindah sempenan sambutan ulang tahun ke-15 Suria FM," jelasnya.

Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepada DJ Lin dan Suria FM atas kejayaan yang diperoleh ini.

"Tahniah, semoga terus menuju kejayaan.

"Tahniah team Suria FM, semoga terus berjaya.

"Tahniah, terbaik team Suria FM. Memang best dari dulu, kini dan selamanya," tulis netizen.

Selain DJ Lin yang mengendalikan segmen Suria Cinta, Suria FM untuk dibarisi oleh penyampai hebat lain iaitu Shuib, Ajak, Suraya, Feeya Iskandar, Tyzo, Shiera dan Anna J.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain