suria

[VIDEO] Janna Nick tersinggung dikutuk gemuk, paha besar… Sedih sampai terfikir nak ‘potong perut’

Janna terkesan apabila dikatakan gemuk.

PERNAH dikatakan gemuk dan memiliki paha besar, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui terfikir untuk menjalani prosedur pembedahan bariatrik atau pintasan perut (potong usus).

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 27, dia tersinggung dan berasa sedih apabila menjadi mangsa body shaming di media sosial.

Justeru itu, dia berazam untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi membuktikan dirinya boleh mendapatkan kembali bentuk tubuh yang langsing.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil ubat antikemurungan, Janna Nick terpaksa perlahan kerjaya seni demi kesihatan mental

“Hari ini aku sedih.. selama ini aku tidak pernah peduli orang cakap gemuk atau paha besar.

“Tetapi kali ini aku betul-betul terasa sampai terfikir nak potong perut. Aku akan buktikan aku boleh kurus,” jelasnya.

Janna berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram pada Selasa.

Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku tak sakitkan hati orang

JANNA NICK

PELAKON/PENGACARA

Dalam video tersebut, penyanyi lagu Gatal ini dilihat memulakan sesi latihan di sebuah gimnasium.

Dalam pada itu Janna turut meninggalkan pesanan kepada pengikutnya supaya tidak melihat isu body shaming sebagai sesuatu bahan jenaka.

“Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku tak sakitkan hati orang.

janna 2

Janna mohon pengikut hentikan body shaming.

“Aku harap orang yang tengok video ini berhenti body shaming orang lain.

“Jangan jatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri,” ujarnya.

Perkongsian Janna itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut.

Rata-ratanya meminta Janna untuk terus kuat dan tidak memikirkan kata-kata negatif dan kutukan berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain