suria

Misha Omar henti rawatan kesuburan... bimbang tak boleh menyanyi ketika hamil - “Suami tak mahu saya mengandung sambil buat kerja berat”

Misha bakal beraksi di konsert OSK bersama Bintang di Istana Budaya pada 30 Oktober ini.

DEMI menjaga reputasi dan mengutamakan peminat yang selama ini menyokong kerjaya seninya, penyanyi Misha Omar sanggup menghentikan rawatan kesuburan bagi mendapatkan cahaya mata kedua.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, berkata keputusan itu dibuat kerana bimbang sekiranya dia tidak dapat melakukan persembahan terbaik dalam keadaan dirinya sedang hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Misha Omar mulakan rawatan kesuburan, berharap dikurniakan ‘baby girl’ - “Kalau telur masih okay, dia boleh hamil secara normal”

“Saya dapat tawaran untuk konsert sekitar bulan April tapi ketika itu tak tahu jadi ke tak sebabkan PKP. Bila PKP dan tak dibenarkan sebarang aktiviti seni, saya pun teruskan dengan buat rawatan kesuburan untuk dapatkan zuriat.

Misha 1

Misha bersama anak-anak dan suami.

“Ikutkan rawatan tersebut dah separuh jalan pun tapi tiba-tiba dapat tahu konsert dah boleh diadakan. Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti rawatan bagi memberi tumpuan kepada konsert tersebut.

“Saya tak risau fasal mengandung cuma ia melibatkan reputasi saya. Kalau saya mengandung dan boleh menyanyi, tak apa la... tapi fasa hamil setiap wanita berbeza. Mana tahu, saya mengandung tapi tak boleh nak menyanyi.

“Takut saya menghampakan peminat pula. Jadi, saya tak nak ambil risiko teruskan rawatan. Saya ada beritahu doktor untuk tangguh dahulu rawatan tersebut dan dia pun kata terpulang pada saya,” katanya kepada mStar.

Misha ditemui ketika sidang media konsert OSK bersama Bintang yang akan diadakan di Istana Budaya pada 30 Oktober.

Suami tiada masalah dan menyokong saya supaya fokus satu persatu urusan

MISHA OMAR

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada Jun lalu, penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta ini memberitahu dia sudah melakukan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) bagi mengetahui tahap kesuburan ya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai.

Selain itu, menyedari mungkin ada pihak yang akan mempertikaikan keputusannya mengenepikan soal hamil, Misha ada jawapannya.

“Kita ada pilihan dalam hidup. Ia adalah okey untuk memilih. Dalam hidup saya memang banyak senario begini. Kadang saya kena berhenti, kadang saya perlu teruskan.

“Tetapi cukuplah orang tahu bahawa saya tidak pernah buat separuh hati,”katanya.

Dalam pada itu, Misha memuji suaminya, Firros Ezzwan Rosly, yang dianggap sangat memahami ketika dia membuat keputusan untuk meneruskan projek konsert ini berbanding kehamilannya.

Misha sanggup tangguh rawatan kesuburan demi menjayakan konsertnya.Misha mahu fokus konsert pada 30 Oktober depan.

“Suami sangat baik sekali. Dia tahu kecintaan saya pada dia, sama besar dengan kecintaan saya terhadap seni. Dia peminat saya dan mendukung apa sahaja yang saya lakukan terutama kerjaya.

“Dia tiada masalah dan menyokong saya supaya fokus satu persatu urusan. Dia tak nak saya mengandung sambil buat kerja berat,” katanya.

Untuk rekod, Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini sudah berusia 15 tahun.

Misha mendirikan rumah tangga dengan Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain