suria

Ayu Puteh bengang pelakon wanita tak kenang budi… keluarga jadi hura-hara kerana cerita buruk - “Saya layan dia macam anak sendiri”

Ayu bergambar bersama anaknya yang juga pelakon, Wanna Ali.

BAGAI kacang lupakan kulit... penerbit Datuk Ayu Puteh meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak mengenang budi seorang pelakon baharu yang dibantu sejak dua tahun lalu.

Menurut Ayu, dia terkilan apabila pelakon wanita yang dianggap seperti anak sendiri itu sanggup menabur fitnah dengan mereka-reka cerita dan memburukkan dirinya dan keluarga.

"Saya betul-betul tak sangka. Sanggup dia melaga-lagakan keluarga saya sana-sini, selama ni saya menjaga dia macam menatang minyak yang penuh tapi ini balasan yang saya dapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Puteh puji kualiti pelakon lama, artis baharu ramai ‘bajet’ bagus - “Bayaran bukan main tinggi... harap muka sajalah

ARTIKEL BERKAITAN: Filem 'Ada Apa Dengan Dosa' dijual 80 sen, penerbit Ayu Puteh saman laman e-dagang

"Saya bawa dia masuk dalam keluarga saya dan jadikan artis di bawah syarikat kami tapi akhirnya dia tergamak buat saya begini sampai huru-hara ahli keluarga saya. Bila benda dah banyak kantoi, kita tanya tak mengaku pula sebaliknya memilih terus berdiam diri, kononnya mangsa keadaan.

ayu 1

Ayu sedih artis baharu sanggup jaja cerita buruk tentang dirinya dan keluarga.

"Ibaratnya dah baling batu sorok tangan. Yang mendengar ceritanya pun boleh percaya bulat- bulat tanpa bertanya dengan saya dan keluarga dahulu. Saya mengamuk di laman sosial sebab apa yang dia cakap itu benda tak betul, fitnah!

"Sebelum ni apa sahaja yang dia mahu saya penuhi, saya layan dia macam anak sendiri, apa anak saya dapat dia pun merasa sekali. Saya beri dia tawaran kerja untuk naikkan nama dia, daripada orang tak kenal, sikit-sikit nama dia mula orang tahu," katanya ketika dihubungi mStar.

Saya memang terkilan. Tak cukup lagi ke layanan baik kami sekeluarga sebelum ini?

AYU PUTEH

PENERBIT

Sebelum itu menerusi Instagram, Penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd ini menulis luahan rasa bengang terhadap seorang pelakon baharu yang disifatkan tidak mengenang budi.

Luahan Ayu itu menimbulkan tanda tanya dan persoalan dalam kalangan pengikut yang mahu mengetahui siapakah aktres yang dimaksudkan itu.

ayu 3

Ayu bersama anak tersayang, Wanna Ali.

"Tak perlulah orang tahu siapa pelakon itu... cukuplah orang tahu saya dah anggap dia macam anak sebelum ini! Selama ini kami sekeluarga layan dia begitu baik.

"Saya memang terkilan. Tak cukup lagi ke layanan baik kami sekeluarga sebelum ini? Cukuplah... Lepas ini jaga anak sendiri lebih baik... sikit pun dia tak bersyukur dengan apa dia dapat, memang tak sedar diri.

"Untuk berbaik seperti dulu dan terima dia semula, tak mungkin. Sampai sekarang dia tak ada hubungi saya untuk jernihkan keadaan... tidak rasa bertangungjawab. Nak ucap terima kasih jauh sekali. Mungkin juga silap saya sebab terlalu baik dan mempercayai orang, sudahnya memakan diri sendiri," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Pemain EPL ditahan atas 2 dakwaan rogol