suria

Iqbal ‘reject’ idea Caprice buat lagu hip hop, pening pilih komposer ikut bajet RM500,000 - “Wakil komposer Indonesia Ifan Seventeen juga ada hubungi saya”

Iqbal mahu berkongsi perasaannya mengenai kontroversi cinta dengan Vida dalam lagu.

USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli terkejut dan tidak menyangka ramai komposer popular dari Malaysia dan Indonesia menyatakan hasrat untuk bekerjasama menghasilkan lagu untuknya.

Menurut Iqbal, 27, dia keliru dan masih belum mengetahui siapakah yang bakal dipilih untuk mencipta lagu berkaitan 'kisah tak jadi kahwin' dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida itu.

"Selepas saya tawar RM500,000 untuk hasilkan lagu untuk saya nyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan... ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal tersinggung kisah cinta dengan Vida jadi bahan jenaka... sampai ‘MeleTOP’ pun buat parodi - “Sedih isu serius orang buat main-main”

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal rasa seperti bertepuk sebelah tangan, sedar diri Vida tidak serius nak kahwin - “Risau cinta dia tidak seteguh pengorbanan saya”

"Tadi saya baru mesej dengan Caprice, dia pun nak buatkan lagu tapi lepas berbincang macam tak sesuai pula sebab dia nak buat lagu macam hiphop atau dangdut... sedangkan saya mahu lagu jiwang tangkap leleh fasal putus cinta.

"Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia iaitu Ifan Seventeen yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening, nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal yang nak dikeluarkan," katanya kepada mStar.

iqbal 3

Iqbal tawar RM500,000 untuk hasilkan lagu pertama.

Pada Isnin, bekas pembantu peribadi Vida ini menawarkan sebanyak RM500,000 kepada sesiapa yang boleh menulis lirik dan merakamkan klip muzik video untuk lagunya dalam kadar segera.

Mahu mencuba bidang nyanyian, Iqbal berkata tujuannya adalah untuk meluahkan perasaan sedihnya dalam lagu agar menjadi kenangan dan sejarah untuk rakyat Malaysia.

Saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mendalami apa yang terbuku dalam hati saya ini!

IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

"Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati semua rakyat Malaysia... mungkin dengan lagu itu orang akan faham perasaan yang saya sedang lalui sekarang ini.

"Kegagalan untuk berkahwin dengan Datuk Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang ini.

iqbal 4

Iqbal mahu nyanyi lagu mengenai kisah cintanya dengan Vida.

"Rasa tak sabar nak cepat-cepat jumpa komposer yang sesuai, saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mendalami apa yang terbuku dalam hati saya ini," ujarnya.

Nama Iqbal sebelum ini menjadi sebutan apabila kisah cinta dan perkahwinannya dengan Vida menjadi perbualan netizen.

Bagaimanapun, perancangan mereka itu tidak kesampaian apabila dihalang oleh orang sekeliling dan anak-anak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain