suria

Peminat rindu Shiera, Raja Azura ‘buat kecoh’… ramai tanya kenapa tak jadi pengacara lagi - “Saya hanya dapat tawaran ganti orang tarik diri”

Gandingan Shiera dan Raja Azura mengacarakan ABPBH masih jadi sebutan peminat.

SETIAP kali penganjuran Anugerah Bintang Popular (ABPBH), nama Sharifah Shahira atau Shiera sering disebut penonton untuk kembali mengacarakan anugerah berprestij itu.

Gandingan Shiera bersama seorang lagi rakan pengacara iaitu Raja Azura masih menjadi ingatan penonton yang mahu mereka kembali bergandingan di atas pentas yang sama.

Tampil menjawab pertanyaan peminat itu, Shiera berkata dia sentiasa terbuka menerima apa jua tawaran pengacaraan dan tidak menolak jika kembali diberi kepercayaan mengendalikan majlis besar seperti ABP.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen nampak 'baby bump', Sharifah Shahirah disangka hamil lagi! - “Korang tak pernah tengok perut buncit ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Jual baju terpakai, netizen minta Shiera sedekah sahaja - “Lama takde kes, ada balik parasite dalam IG aku”

"Saya hairan betul setiap kali ABP orang mesti tag dan sebut nama saya dan Raja Azura di laman sosial... mereka asyik tanya kenapa bukan saya jadi pengacara majlis itu.

"Saya pun tak tahu nak jawab apa sebab saya bukan bos... macam mana saya nak jadi pengacara kalau orang tak jemput.

Shiera 4

Peminat rindu gelagat bersahaja Shiera dan Raja Azura semasa mengendalikan ABPBH.​​​​​​

"Kalau orang panggil kita, saya okay sahaja. Memang saya buat betul-betul sampai riuh majlis itu,” katanya kepada mStar.

Shiera sebelum ini mengacarakan ABP bersama Raja Azura pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.

Keletah dan gelagat bersahaja mereka berdua sepanjang mengacarakan malam kemuncak ABP masih diingati penonton sehingga kini.

Tak dapat jadi pengacara program besar, dapat berborak dengan ketam dekat Instagram pun okaylah.

SHARIFAH SHAHIRA

PENGACARA / PENYAMPAI RADIO SURIA

Sementara itu, penyampai radio Suria FM ini memberitahu dia masih aktif dalam bidang pengacaraan meskipun sering kali namanya menjadi pilihan kedua.

"Saya nak beritahu, saya belum pencen lagi masih boleh mengacara... tapi sekarang ini nampaknya saya hanya dapat tawaran menggantikan orang kalau ada yang tarik diri.

shiera 2

Shiera masih aktif mengacara program radio, TV dan majlis korporat.

"Sebelum ini mungkin wajah saya kurang di TV tapi saya banyak diberi tawaran mengacarakan majlis tertutup. Alhamdulillah rezeki masih ada. Memandangkan sekarang ni musim Covid, tunjuk bakat guna YouTube dengan Instagram saja la.

"Tak dapat jadi pengacara program besar, dapat berborak dengan ketam dekat Instagram pun okaylah, orang masih tengok. Apa-apa pun saya bersyukur ada juga rezeki datang menerusi laman sosial," ujarnya.

Bercakap mengenai pencalonan Top 5 Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34), Shiera tidak menyangka dirinya tercalon dalam kategori Penyampai Radio Popular.

shiera 3

Shiera bersama rakan penyampai Suria Petang, Tyzo (kiri sekali) tercalon Top 5 ABPBH34.

Shiera bersaing dengan dua lagi penyampai Suria FM iaitu DJ Lin dan Tyzo serta penyampai Sinar, Jep Sepahtu dan Siti Elizad.

"Alhamdulillah tak sangka masih ada yang sudi mengundi... saya ni dah berpuluh tahun tercalon dalam macam-macam kategori sebelum ini tapi tak pernah menang.

"Banyak kali dah tercalon Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular tapi tak pernah bawa balik trofi, mungkin sebab saya tak ada trooper atau pengundi seperti artis lain.

"Rasanya memang takkan menang... saya pun tak menaruh harapan untuk bawa pulang trofi tapi saya tetap sokong dan berharap DJ Lin atau Tyzo untuk menang," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak