suria

Dulu bersama kumpulan nasyid Zayne, kali ini Furqan Fawwaz tampil solo… beranikan diri minta lirik daripada guru disiplin

Fawwaz cabar diri bergerak secara solo menerusi lagu Nusaibah.

MULA membina nama bersama kumpulan nasyid Zayne sebelum ini, kali ini penyanyi Furqan Fawwaz mencuba nasib sebagai penyanyi solo pula.

Menurut Muhammad Furqan Fawwaz atau mesra dengan panggilan Fawwaz, 23, tindakannya menerima tawaran menyanyi secara solo bukanlah bermaksud dia sudah meninggalkan Zayne, sebaliknya setiap ahli kumpulan terbuka menerima sebarang projek berlainan.

"Kami anggota Zayne bebas untuk melakukan projek solo masing-masing. Ada juga ahli lain yang menyanyi dengan penyanyi lain. Mana-mana tawaran kami akan ambil dan setiap ahli terbuka untuk itu. Bila ada projek bersama, kita akan nyanyi sama-sama, bila ada projek solo, itu rezeki masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul dengan lagu nasyid pertama, doa Sam Bunkface nak sebut nama Allah dan Rasul dalam lagu akhirnya tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lain habis! Penampilan Idzu vokalis nasyid Saujana bikin ramai tak kenal, tapi lepas dengar suara terus teringat lagu ‘Sepohon Kayu’

"Saya mendapat tawaran daripada pihak Audio Studio... awalnya masa buat lagu ini saya anggap biasa-biasa saja sebab ia lagu nasyid, tertanya juga ada lagi ke peminat nasyid.

"Itu saja tanggapan saya dan tak sangka rezeki saya untuk membawa lagu ini pergi jauh lagi," katanya kepada mStar.

fawwaz 2

Fawwaz sampaikan mesej baik dalam lagu Nusaibah.

Lagu Nusaibah hasil ciptaan Fawwaz dan lirik oleh gurunya iaitu Ustaz Mohd. Izat (UMI) telah dilancarkan di saluran YouTube Smart Audio Music pada 27 September lalu.

"Sebenarnya lirik lagu ini dibuat oleh Ustaz Izat iaitu guru disiplin saya sewaktu bersekolah tahfiz dulu. Ustaz Izat dulu mengajar di sekolah ayah saya di Al-Furqan sewaktu saya berusia 12 tahun... dia guru disiplin saya. Bila dah besar ni, saya berjumpa semula dengan Ustaz Izat.

Bagi saya cukup untuk kepuasan diri tapi siapa sangka rezeki, lagu ini boleh diketengahkan!

FURQAN FAWWAZ

PENYANYI

"Kami bertemu semula atas usaha ayah saya yang merupakan seorang Pengetua Tahfiz Darul Furqan. Setiap hari ayah tengok saya sering menyanyi di rumah, dia kata saya kena buat lagu sendiri... jangan menyanyi kosong sahaja sebab itu dia hubungi Ustaz Izat, minta buatkan lirik lagu untuk saya.

"Ustaz menghantar mesej WhatsApp dan bagi lirik, kemudian saya pun buat melodi dengan gaya tarannum jiharkah. Asalnya saya tak ambil serius sangat untuk jadikan lagu Nusaibah ini komersial hingga perlu buat promosi dan video muzik.

JOM LAYAN LAGU NUSAIBAH!

"Bagi saya cukup untuk kepuasan diri tapi siapa sangka rezeki, lagu ini boleh diketengahkan," katanya yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran dan Qiraat dari Universti Al-Azhar, Mesir.

Bercakap mengenai Nusaibah, Fawwaz berkata dia mengangkat cerita seorang mujahidah (pejuang wanita) yang pernah mengikuti beberapa siri peperangan bersama Rasulullah SAW dan berharap kisah hidup Nusaibah ini boleh dijadikan teladan kepada wanita lain.

Lagu Nusaibah edaran Saudagar Seni itu juga boleh didengari di seluruh digital platform muzik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain