suria

Mira Filzah, Janna Nick tercalon 3 kategori, Sherry Alhadad diumum hos ABPBH34

Janna Nick (kiri) dan Mira Filzah memperolehi tiga pencalonan ABPBH34.

PELAKON popular Mira Filzah dan Janna Nick menerima pencalonan terbanyak Top 5 menerusi tiga kategori pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34) yang diumum pada Ahad.

Mira yang pernah diumum Bintang Paling Popular, ABPBH 32 pada 2019 tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular.

Manakala Janna tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular.

ARTIKEL BERKAITAN: Undian awal Zul Ariffin, Remy Ishak, Zizan Razak terbatal gara-gara tarik diri, nama tiada dalam Top5 ABPH34

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah paling popular! Menang besar di ABPBH32

Selain itu, Siti Nordiana, Sherry Alhadad dan Sissy Imann masing-masing tercalon dua kategori.

Sementara itu, 10 selebriti menerima undian awal tertinggi ialah Amir Masdi, Ben Amir, Dolla, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Meerqeen, Naqiu, Sissy Imann, Siti Nordiana dan Sweet Qismina.

Menurut Pengarang Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH34, Shamshul Azree Samshir, sokongan yang diberikan oleh peminat semasa proses undian peringkat pertama atau pencalonan awal sangat memberangsangkan.

abpbh 34 2

Dari kiri; Khai Bahar, Siti Nordiana dan Haqiem Rusli antara 10 artis terima undian tertinggi.

“Walaupun penganjuran ABPBH diteruskan lagi dalam suasana norma baharu, kami melihat peminat masih tetap setia menyokong ABPBH dengan mengundi artis-artis kesayangan mereka.

“Peminat berlumba-lumba untuk pastikan idola mereka memenangi kategori yang dipertandingkan sekaligus meraih kemenangan Bintang Paling Popular ABPBH 34.

“Untuk merancakkan lagi proses undian, kami juga ingin mengumumkan senarai 10 artis yang mendapat undian tertinggi pada pusingan pertama undian calon awal ABPBH34,” katanya ketika sidang media pengumuman calon Top 5 ABPBH34.

Peminat berlumba-lumba untuk pastikan idola mereka memenangi kategori yang dipertandingkan.

Shamshul Azree Samshir

PENGANJUR ABPBH34

Dalam sidang media itu, Sherry Alhadad turut diumumkan sebagai hos utama, manakala hos karpet merah akan dikendalikan oleh Izzue Islam berganding dengan penyanyi muda Sissy Iman.

Antara artis yang bakal membuat persembahan semasa malam kemuncak ialah Datuk Zainal Abidin, Jay Jay, Ella, Anuar Zain, Man Kidal, Fauziah Latiff dan Ramlah Ram.

Selain itu, majlis juga akan dimeriahkan oleh Haqiem Rusli, Hazama, Kaka Azraff, Zizi Kirana, Aina Abdul, Syamel dan penyanyi lagu parodi, Azman Naim 44 Mantra.

Pemenang setiap kategori utama dan kategori online termasuk Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan undian tertinggi diperoleh calon Top 5 sepanjang proses undian peringkat akhir ini.

abpbh34

Sherry Alhadad (kiri) diumum hos ABPBH34 dan Fauziah Latif antara penyanyi yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak.

Pada malam kemuncak ABPBH 34, sebanyak empat belas kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular.

Selain itu, Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baharu iaitu Watak Animasi Popular.

Malam kemuncak ABPBH34 disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada 13 November depan.

Bertemakan #KITABERSAMA, malam kemuncak ABPBH 34 akan dilaksanakan dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Artis Baharu Lelaki Popular

1. Aliff Iskandar

2. Dinie Rashid

3. Fadh Majid

4. Meerqeen

5. Nadhir Nasar

Artis Baharu Wanita Popular

1. Aisha Retno

2. Dolla

3. Farisha Iris

4. Loca B

5. Norreen Iman

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi

1. Amir Masdi

2. Azzam Sham

3. Haqiem Rusli

4. Khai Bahar

5. Naqiu

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi

1. Ernie Zakri

2. Sissy Imann

3. Siti Nordiana

4. Wany Hasrita

5. Wani Kayrie

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Fattah Amin

2. Izuan Fitri

3. Sharnaaz Ahmad

4. Syafiq Kyle

5. Syahmi Syazli

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Aprena Manrose

2. Janna Nick

3. Nelydia Senrose

4. Sherry Alhadad

5. Zahirah MacWilson

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Adam Lee

2. Ben Amir

3. Hun Haqeem

4. Nazim Othman

5. Shukri Yahaya

Pelakon TV Wanita Popular

1. Intan Najuwa

2. Mira Filzah

3. Siti Saleha

4. Sweet Qismina

5. Uqasha Senrose

Penyampai Radio Popular

1. DJ Lin

2. Jep Sepahtu

3. Sharifah Shahirah

4. Siti Elizad

5. Tyzo

Pengacara TV Popular

1. Azira Shafinaz

2. Janna Nick

3. Jihan Muse

4. Mira Filzah

5. Sherry Alhadad

Artis Versatil Popular

1. Erra Fazira

2. Janna Nick

3. Mira Filzah

4. Siti Nordiana

5. Sissy Imann

Artis Komedi Popular

1. Ain Edruce

2. Asif Suhaimi

3. Atu Zero

4. Jep Sepahtu

5. Shuib Sepahtu

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

1. Aina Abdul/Khai Bahar (Nafas Cinta)

2. Datuk Seri Siti Nurhaliza/Kmy Kmo/Luca Sickta (7 Nasihat)

3. Dolla (Dolla Make You Wanna)

4. Hael Hussaini/Naim Daniel/Haqiem Rusli (Lara)

5. Khai Bahar/Inteam (Setanggi Syurga 2020)

Watak Animasi Popular

1. Upin Ipin

2. BoBoiBoy

3. Mechamato

4. Alif & Sofia

5. Ejen Ali

BAGI KATEGORI ONLINE

Gandingan Serasi Drama Popular

1. Ben Amir & Amyra Rosli (Sang Pewaris)

2. Hun Haqeem & Wanna Ali (Angkara Cinta)

3. Kamal Adli & Uqasha Senrose (Perempuan Tanpa Dosa)

4. Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 2)

5. Sweet Qismina & Adam Lee (Bidadari Salju)

Gandingan Serasi Filem Popular

1. Nabil Aqil & Ika Nabella (Takut Ke Tak)

2. Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose (Jebat)

3. Syafiq Kyle & Mimi Lana (Saka Nan Sepi)

4. Syahmi Sazli & Emaleen Minhad (Mael Totey The Movie)

5. Wanna Ali & PU Riz (Ada Apa Dengan Dosa)

Watak Antagonis Popular

1. Ain Edruce (Camelia)

2. Ashraf Muslim (Ada Apa Dengan Dosa)

3. Fify Azmi (Ryan Aralyn)

4. Hannah Delisha (Cinta Sekali Lagi)

5. Liza Abdullah (7 Hari Mencintaiku 2)

YouTuber Popular

1. Alieff Irfan

2. Aqil Zulkiflee

3. Azfar Heri

4. Che Nom

5. CikiDot Channel

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain