suria

Syafie Naswip jadi mangsa produksi langgar SOP ambil kru tak lengkap vaksin - “Selepas viral baru mahu tanggung semuanya”

Syafie Naswip bergambar bersama pelakon Alya Iman di set penggambaran.

SIKAP tidak bertanggungjawab sebuah syarikat produksi mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di set penggambaran sehingga tercetusnya penularan wabak Covid-19 mengundang rasa marah pelakon Syafie Naswip.

Syafie, 29, yang kini sedang menjalani penggambaran drama di Kuala Kangsar, Perak terpaksa dikuarantin di sebuah hotel selepas menjadi salah seorang kontak rapat positif Covid-19.

Lebih membuatkan dia bengang apabila pihak produksi bersikap lepas tangan termasuklah mahu meneruskan penggambaran meskipun pada awalnya mengetahui ada kru yang tidak sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Minat bercucuk tanam, Syafie Naswip keluar modal RM10,000 untuk Kebun Bujang Nilai - “Tanam pokok macam bela kucing, perlu dibelai”

ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip pening layan kerenah orang tamak, ulang kali minta bantuan - “Kesian individu yang betul-betul memerlukan”

"Saya terkilan apabila mengetahui ada antara kru yang tidak menerima dos lengkap dan menjadi punca jangkitan kepada orang lain, sedangkan pelakon semua mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum masuk set.

"Pada 1 Oktober, seorang kru disahkan positif, penggambaran hanya berhenti sehari untuk swab test tapi produksi mahu sambung penggambaran sehingga la keluar keputusan ada beberapa orang lagi kru dijangkiti. Sehari selepas itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) minta tangguh penggambaran, baru la produksi ikut.

syafie naswip 1

Syafie Naswip maklumkan pelakon patuh SOP semasa di set penggambaran.

"Jangkitan ini dipercayai berpunca daripada seorang pembantu kru yang masih belum vaksin sehingga menular kepada orang lain pula. Yang saya tahu ada tujuh orang yang positif di set penggambaran ini termasuklah seorang pelakon," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, menerusi Instastory, Syafie berkongsi video dan keputusan ujian calitan yang dibuat selepas dikuarantin selama 10 hari kerana menjadi kontak rapat di set penggambaran.

Selepas isu ini viral barulah mereka mahu tanggung semuanya, kalau diam sahaja mungkinmereka hanya lepas tangan

SYAFIE NASWIP

PELAKON

Dalam pada itu, Syafie berkata luahannya itu adalah kerana mahu pihak produksi bertanggungjawab dan tidak memandangkan ringan isu membabitkan SOP di set penggambaran.

"Bila KKM suruh kuarantin, mereka tinggalkan artis dan pengurus di hotel... katanya kalau nak terus stay sini mereka tak mahu tanggung kos. Pihak produksi pula ada yang dah selamat balik Kuala Lumpur selepas penggambaran dihentikan.

syafie 4

Syafie Naswip terkilan sikap lepas tangan pihak produksi.​​​​​​

"Selepas isu ini viral barulah mereka mahu tanggung semuanya, kalau diam sahaja mereka hanya lepas tangan... bayangkan kalau penggambaran diteruskan tak tahu la berapa ramai lagi akan berjangkit.

"Sekarang ini dianggarkan dalam 10 orang yang masih kuarantin di hotel. Alhamdulillah semalam saya buat swab test kedua, keputusan negatif dan selesai kuarantin hari ini (Ahad)," ujarnya.

syafie naswip 2

Syafie (tengah) sedang jalani penggambaran bersama pelakon Syafi Tee dan Iman Alya.

Dalam pada itu, Syafie meminta semua produksi patuh kepada SOP kerana bimbang jika isu ini menarik perhatian pihak berkuasa sehingga menyebabkan industri kreatif terpaksa ditutup semula.

"Kita tak mahu sebab satu produksi buat hal menyebabkan produksi lain yang patuh SOP terus tak boleh shooting juga, takut ia beri kesan kepada orang lain.

"Kami dah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin, maka pihak tertentu juga kena amanah dan tidak melepaskan masalah pada pelakon atau kru belakang tabir yang nak cari rezeki," ujarnya.

Menerusi carian di Instagram, Syafie sedang menjalani penggambaran drama Hidayah Ustaz Viral yang turut dibintangi oleh Alya Iman, Syafi Tee dan Fauziah Nawi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain