suria

Suria FM lancar platform e-dagang, pendengar boleh beli barangan eksklusif di Kedai Suria!

Suria FM lancarkan platform e-dagang.

STESEN radio Suria FM melancarkan platform e-dagang atau diberi nama Kedai Suria yang memberikan peluang kepada pendengar untuk mendapatkan barangan eksklusif Suria Malaysia secara dalam talian bermula Ahad.

Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, membeli belah secara dalam talian adalah trend yang menjadi tumpuan pada masa kini lebih-lebih ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambahnya lagi, ini adalah cara dan strategi Suria untuk berinteraksi dengan pendengar ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM jadi tempat luah perasaan, selesa ‘share’ kisah hidup - “Syukur pendengar sudi kongsi cerita mereka”

“Trend beli belah dalam talian ini menjadi tumpuan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Peningkatan permintaan daripada pendengar Suria yang ingin mendapatkan barangan eksklusif Suria, kami melihat ini sebagai salah satu strategi terbaru untuk berinteraksi dengan pendengar," kata DJ Lin.

Kedai Suria Akan Datang

Sempena pelancaran Kedai Suria juga, sebanyak lebih 1000 baucar diskaun khas akan diberikan kepada pendengar

Istimewa sempena pelancaran Kedai Suria juga, sebanyak lebih 1000 baucar diskaun khas akan diberikan kepada pendengar Suria yang boleh ditebus pada Ahad.

Tambah DJ Lin lagi, ini juga merupakan usaha dan inisiatif mereka untuk meluaskan jenama Suria memasuki industri e-dagang.

“Platform e-dagang ini merupakan salah satu initiatif Suria dalam meningkatkan lagi usaha digitalisasi kami.

Platform e-dagang ini merupakan salah satu initiatif Suria dalam meningkatkan lagi usaha digitalisasi kami.

DJ LIN

PENGURUS BESAR SURIA FM

"Sekaligus meluaskan lagi jenama Suria dengan memasuki pasaran baru untuk industri e-dagang.

"Melihat kepada jangka masa panjang, Kedai Suria meletakkan misi untuk meluaskan lagi platform e-dagang ini melibatkan barangan daripada perusahaan kecil dan besar yang lain," ujarnya.

Layari laman web suria.my dan akaun media sosial Suria Malaysia untuk maklumat lanjut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Suria FM, DJ Lin, suria cinta, e-dagang

Artikel Lain