suria

Pelakon, pengarah dan kru jalani penggambaran di Kuala Kangsar dicekup positif dadah

Pelakon, pengarah dan penolong pengarah ditahan pada Ahad.

SEORANG pelakon, pengarah dan penolong pengarah yang sedang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah pada Ahad selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketiga-tiga mereka ditahan dalam bilik berasingan kira-kira pukul 7.15 pagi oleh pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas naib juara Maharaja Lawak Mega direman kes perdagangan wanita atas tujuan seks

Hasil ujian air kencing mendapati pelakon dan pengarah positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibal.

Manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Sementara itu pegawai penyiasat Inspektor L. Prabakran ketika dihubungi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kesemua suspek.

"Mereka masih dalam tahanan, setakat ini belum ada apa-apa perkembangan terbaharu yang boleh saya kongsikan," katanya kepada mStar.

Menurut fakta kes, sekumpulan anggota polis dari bahagian Siasatan jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Kangsar telah meyerbu sebuah rumah di Persiaran Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar kira-kira pukul 7 pagi Ahad lalu.

Hasil pemeriksaan fizikal ke atas ketiga-tiga suspek, polis menemui bungkusan lutsinar berisi cebisan daun kering disyaki dadah jenis Cannabis serta bungkusan plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine.

Selain itu polis turut merampas botol kaca dan plastik yang diubahsuai bersama corong kaca disyaki alat untuk menghisap dadah.

Ketiga-ketiga mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain