suria

Benjy selamat dikebumikan... keluarga dapat tonton guna panggilan video - “Jika nak sedekah, dermalah atas nama Ben”

Jenazah Benjy selamat dikebumikan pada 12.45 tengahari, Isnin.

JENAZAH Allahyarham Benjy selamat dikebumikan di Tanah Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung Medan, Indonesia, kira-kira pukul 12.34 tengahari waktu Malaysia pada Isnin.

Adik bongsu Allahyarham iaitu Inessa Irdayanty memberitahu dia dan keluarganya dapat menyaksikan proses pengebumian arwah menerusi panggilan video di aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Benjy derita asma kronik dan masalah paru-paru... keluar masuk hospital sejak beberapa tahun - “Kami izin jasad dikebumikan di Medan”

Bersyukur semuanya berjalan dengan lancar, Inessa turut berterima kasih kepada Penjara Tanjung Gusta Medan yang menampung kos pengebumian dan semua bantuan melibatkan arwah.

Benjy 3Pihak penjara menampung kos pengebumian Allahyarham Benjy.

"Alhamdulillah, jenazah Ben telah selesai dikebumikan lebih kurang pukul 12.45 tengahari waktu Malaysia. Kami dapat menyaksikan pengebumian sebagai keluarga melalui panggilan video di Whatsapp daripada penjara.

"Pihak penjara juga memaklumkan kepada kami bahawa mereka menanggung kos pengebumian tersebut.

"Kami sekeluarga sangat berterima kasih dan terhutang budi dengan Penjara Tanjung Gusta Medan atas setiap bantuan dan urusan berkenaan Benjy, " kata Inessa.

Berita Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, meninggal dunia akibat penyakit asma pada Ahad di Hospital Besar Royal Prima, Medan, Indonesia mengejutkan dunia hiburan tanah air.

Kami dapat menyaksikan pengebumian sebagai keluarga melalui panggilan video di Whatsapp daripada penjara.

INESSA IRDAYANTY

ADIK BENJY

Arwah menghidap penyakit asma yang kronik sejak beberapa tahun lalu selain turut mengalami masalah berkaitan paru-paru dan sering mendapatkan rawatan di hospital sejak kebelakangan ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Inessa turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berbesar hati ingin menderma bagi membantu kos bayaran pengebumian Allahyarham.

Menurut Inessa, sesiapa yang berhasrat menghulurkan derma boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya kepada pertubuhan amal pilihan atas nama arwah Benjy.

"Terima kasih kepada semua orang yang menawarkan untuk menderma bagi membantu kos bayaran pengebumian.

Benjy 2Foto kenangan Benjy bersama ibunya, Azean Irdawaty.

"Jika anda masih berhasrat untuk derma, saya harap anda derma di pertubuhan amal pilihan anda atas nama Ben dan juga sedekahkan Al-Fatihah.

"Kami nak berterima kasih lagi sekali kepada setiap pihak, individu, organisasi dan netizen atas doa serta ucapan takziah yang dikirimkan, " ujarnya.

Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada April 2017.

Anak sulung kepada Allahyarham Azean Irdawaty ini disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya.

Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!