suria

Micheal Ang ‘sembur’ artis persoal vaksin warga emas - “Tolong diam! Jangan bising sebab kau akan nampak bodoh”

Michael Ang selar kenyataan Rita Rudaini. Sebagai anak sepatutnya hantar mak ayah dapatkan vaksin.

KENYATAAN pelakon Rita Rudaini mempersoalkan tujuan warga emas dipaksa mengambil vaksin turut menerima reaksi pengarah terkenal, Michael Ang yang tidak bersetuju dengan pendapat itu.

Michael berkata, perkara itu hanya menimbulkan kebimbangan awam dan sekaligus menyukarkan lagi matlamat negara mencapai imuniti kelompok atau hert immunity.

"Sebenarnya nak Blackpink ke, nak Pfizer ke itu hak kau. Tapi anda ni yang cerdik pandai followers berjuta ni agak-agak la kalau nak post.

ARTIKEL BERKAITAN: Michael Ang tunai janji... belanja RM5,000 kepada 10 pengikut IG yang kuarantin kendiri - “Saya cuma bantu mana yang termampu”

"Kalau kau tak nak pergi (ambil vaksin) diam je tak payah pergi... kau duduk rumah tak payah post, menyakitkan hati orang je, " katanya kepada mStar.

Tambah pengarah drama Angkara Cinta ini, masyarakat harus faham tentang faedah pengambilan vaksin yang dilihat sebagai ikhtiar melindungi diri daripada jangkitan penyakit.

mic

Perkongsian Michael Ang di Instagram miliknya.

Tambahnya, kebolehjangkitan kepada warga emas lebih berisiko tinggi sekiranya tidak menerima vaksin.

"Apa benda yang kau cakap orang vaksin sebab nak pergi holiday. Ada ke patut dia cakap tak payah paksa mak bapa ambil vaksin.

"Sebagai anak-anak kita sepatutnya paksa mak ayah pergi vaksin sebab kita sayang mereka.

Pada saya kau nak ke tak nak... tolong diam jangan bising sebab kau akan nampak bodoh.

MICHAEL ANG

PENGARAH

"Betul vaksin ni bukan penawar dan tak menjamin kita tidak terkena Covid-19, tapi sekurang-kurangnya kadar kebolehjangkitan tu rendah. Warga emas lagi berisiko tinggi untuk terkena, ” ujarnya.

Dalam pada itu, Michael meminta golongan selebriti tidak menyebarkan maklumat berkaitan vaksin Covid-19 yang tidak pasti kesahihannya.

Katanya, perkara itu hanya menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap golongan anak seni.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pada saya kau nak ke tak nak... tolong diam jangan bising sebab kau akan nampak bodoh.

"Artis ni dah dicop (label) bodoh, jangan la lagi nak menambahkan kebodohan kita. Tak payah.

ritaaaa

Michael Ang paksa ibu 93 tahun menerima vaksin.

"Orang dekat luar kata artis ni harapkan muka je tapi tak ada otak, apabila kau tambah macam ni lagi menambahkan kebencian mereka kepada golongan selebriti, " katanya.

Terdahulu, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa tidak puas hati apabila segelintir warga emas dipaksa oleh anak-anak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Rita menerusi Instastory mempersoalkan tujuan mereka yang membawa ibu bapa menerima vaksin jika tidak dapat melancong kerana sudah uzur.

“Yang nak vaksin, vaksinlah... tapi kenapa nak ada paksaan? Apa agenda? Paksa orang tua-tua vaksin, yang duduk atas kerusi roda pun diangkut untuk vaksin. Kenapa?

“Mereka dah tua, nak jalan pun tidak boleh, jadi nak vaksin untuk pergi mana? Paris? Milan? Daftar pula ibu bapa yang dah uzur dan tua untuk di vaksin sama. Otak mana? Nak cucuk, cucuklah. Tak perlu risikokan ibu bapa hangpa, ” coretnya.

Bagaimanapun, pandangan itu menerima pelbagai reaksi netizen yang tidak setuju dan berang terhadap kenyataan pelakon filem Mami Jarum Junior itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Michael Ang, Rita Rudaini

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita bingung kereta kemik angkara labu