suria

Michael Ang tunai janji... belanja RM5,000 kepada 10 pengikut IG yang kuarantin kendiri - “Saya cuma bantu mana yang termampu”

Michael Ang tunai janji pilih 10 pengikut IG buat kuarantin kendiri.

BERNIAT untuk berkongsi rezeki, usaha pengarah terkenal, Michael Ang mengeluarkan wang tunai sebanyak RM5, 000 untuk diberikan kepada 10 pengikut terpilih di laman Instagramnya dipuji ramai.

Menurut Michael, 45, dia hanya meletakkan syarat yang mana pengikutnya hanya perlu patuh dengan duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

ARTIKEL BERKAITAN: Michael Ang bengang rakyat Malaysia banyak ‘bunyi’, tak bersyukur! - “Takkan nak kena suap tiga meals sehari baru puas hati?”

"Sejujurnya saya memang tidak terlintas nak buat benda ini tapi tiba-tiba idea datang untuk galakkan orang ramai self lockdown sendiri.

"Saya buat cabaran ini pun sebelum total lockdown dilaksanakan pada 1 Jun lalu... saya dah pun pilih 10 pengikut Instagram secara random, siapa kena, dia dapatlah duit tu.

Perkongsian Michael di Instagram.

"Saya memang tak periksa profil masing-masing yang terpilih ni sebab saya percayakan semua pengikut saya... dalam lebih 7, 000 yang komen itu saya pasti semuanya memang memerlukan bantuan, saya cuma bantu mana yang termampu," katanya ketika dihubungi mStar.

Pengarah drama siri Perempuan Tanpa Dosa ini juga berkata, dia akan melakukan perkara begitu lagi jika dikurniakan rezeki lebih pada masa akan datang.

"Saya tahu ramai cakap RM500 untuk seorang itu banyak, kenapa tak beri RM200 seorang agar lebih ramai yang dapat duit itu.

Sejujurnya saya memang tidak terlintas nak buat benda ini tapi tiba-tiba idea datang untuk galakkan orang ramai self lockdown sendiri.

MICHAEL ANG

PENGARAH

"Tapi saya percaya RM500 itu cukup bagi enam sekeluarga contohnya untuk bertahan selama sebulan sekiranya mereka berjimat-cermat, insyaAllah.

"Kalau saya dikurniakan rezeki lebih, saya memang akan buat lagi macam ini nanti... saya memang simpati dengan mana-mana pihak yang terkesan dalam keadaan sekarang ni," ujarnya lagi.

Selain membantu pengikutnya di media sosial, Michael turut memperuntukkan sedikit wang bagi membantu rakan-rakan selebriti dan kru produksi yang memerlukan.

Michael turut membantu pekerja industri hiburan yang terkesan.

"Saya ada juga membantu rakan selebriti dan kru produksi yang mana susah... tapi yang ramainya banyak saya tolong kru produksi sebab mereka ini, kalau tiada kerja memang tiada pendapatan.

"Saya faham kedudukan mereka, fasal mereka kalau tak kerja, mana ada duit... jadi saya bantu mana yang boleh," katanya.

Sementara itu, berbicara mengenai tempoh total lockdown yang berlangsung sehingga 14 Jun ini, Michael berharap ia akan disambung sehingga kes Covid-19 benar-benar dapat dikawal.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau boleh, saya minta ia diteruskan sebab kita kena betul-betul belajar daripada kesilapan lalu... semua pihak perlu sentiasa menjaga SOP.

"Dulu bila kes dah turun sikit, orang kita terus riak pergi bercuti, kali ini kita buat betul-betul jangan ulangi kesilapan lalu.

"Biarlah kita suffer sekali ini sahaja kalau tidak sampai bila-bila kita akan terus PKP," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A