suria

‘Cukup Derita Itu’ terpaksa dihentikan tayangan, banyak dugaan sejak mula penggambaran Disember lalu

Ruhainies bergandingan dengan Hisyam Hamid dalam drama Cukup Derita Itu.

DRAMA lakonan Hisyam Hamid dan Ruhainie berjudul Cukup Derita Itu terpaksa dihentikan disebabkan terdapat babak tidak sempat dirakam berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Siti Rosmizah yang juga penerbit dan penulis karya itu, mereka tidak sempat menyiapkan episod 21 hingga 40 memandangkan penggambaran yang bermula Disember tahun lalu dihentikan beberapa kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Penonton ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ dilabel makcik bawang... Siti Rosmizah kecewa kenyataan Shahrulezad - “Tolong hormat karya orang lain”

Kata Siti Rosmizah, penggambaran pernah tertangguh selama 10 hari gara-gara salah seorang kru produksi dijangkiti Covid-19.

Siti Rosmizah turut mengumumkan perkara itu di Instagram.

"Drama itu terpaksa dihentikan sampai episod 20 disebabkan kami tak dapat nak menghabiskan penggambaran disebabkan PKP.

"Ikutkan ada baki beberapa babak saja belum sempat dihabiskan. Sekarang tengah total lockdown tidak dibenarkan penggambaran. Sepatutnya ada episod 21 hingga 40... tapi bukan keseluruhan babak.

"Kami memerlukan lebih kurang 26 hari untuk habiskan penggambaran. Drama ini mula shooting pada Disember tahun lalu dan ada beberapa kali juga terpaksa dihentikan.

"Mula-mula disebabkan ada kru produksi positif dan Kami berehat selama 10 hari dan kemudian PKP kedua pula dilaksanakan," kata Siti Rosmizah kepada mStar.

Insya-Allah sebaik sahaja dibenarkan, kami akan terus jalankan penggambaran.

SITI ROSMIZAH

PENULIS DAN PENERBIT

Sebelum ini, Siti Rosmizah mengumumkan drama arahan pengarah Along Kamaludin itu terpaksa berhenti setakat 20 episod disebabkan penggambaran tidak sempat dihabiskan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-rata netizen di ruang komen meluahkan rasa sedih memandangkan episod terakhir meninggalkan banyak tanda tanya.

Dalam pada itu, Siti Rosmizah mengakui dia juga berasa kecewa apabila karyanya itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan berharap penonton terus bersabar serta menyokong drama tersebut.

Siti Rosmizah bagaimanapun tetap akur dengan keputusan kerajaan melaksanakan PKP atau 'total lockdown' kerana baginya, nyawa dan keselamatan semua orang lebih penting.

Antara barisan pelakon drama Cukup Derita Itu.

"Ramai penonton DM saya bertanyakan perkara itu. Sejujurnya sebagai penerbit dan penulis karya memang rasa sedih dan kecewa sebab terpaksa dihentikan.

"Tapi kita kena fikir nyawa dan keselamatan semua orang. Insya-Allah sebaik sahaja dibenarkan, kami akan terus jalankan penggambaran.

"Saya boleh beri jaminan, kesinambungan drama itu akan lebih beri impak dan lagi menarik. Saya harap semua bersabar dan teruskan menyokong," ujarnya.

Cukup Derita yang sepatutnya mempunyai 40 episod Itu ditayangkan di Slot Samarinda TV3 bermula 6 Mei lalu.

Selain Ruhainies dan Hisyam, drama itu turut dibintangi oleh Chacha Maembong, Lia Natalia, Jasmin Hamid dan Farhan Asri.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A