suria

Penonton ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ dilabel makcik bawang… Siti Rosmizah kecewa kenyataan Shahrulezad - “Tolong hormat karya orang lain”

Penerbit drama Rindu Awak Separuh Nyawa kecewa kenyataan Shahrulezad di Instagram.

PENERBIT dan penulis novel Siti Rosmizah Semail kecewa apabila drama terbitannya Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) dilabelkan sebagai karya tidak berkualiti dan hanya ditonton oleh golongan masyarakat yang suka sibukkan hal orang lain atau digelar makcik bawang.

Siti Rosmizah berkata tindakan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin menjadikan drama RASN sebagai contoh drama tidak berkualiti merupakan satu kenyataan yang tidak beradab dan melukakan hati penontonnya.

"Jangan sama sekali kita sebagai penerbit drama memperlekehkan mereka (penonton) dengan memberi gelaran yang tak sepatutnya... nak gelar peminat-peminat drama sendiri terpulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak 'spoil' bahagian akhir 7 Hari Mencintaiku 2, penerbit buat laporan polis - “Walaupun 10 saat, dia tetap mencuri!”

"Tapi jangan gelar suka hati peminat-peminat drama orang lain terutama drama Kak Siti... saya tak suka gelaran (makcik bawang) itu sebab team dan pelakon-pelakon RASN telah bertungkus-lumus bekerja untuk hasilkan drama ini.

"Kita beri kerja yang terbaik... jangan kaitkan drama ini dengan makcik bawang. Makcik bawang pada tafsiran Kak Siti adalah orang yang suka mengata dan mengumpat orang. Dia nak tafsir sebaliknya itu dia punya fasal tapi jangan sebut drama Rindu Awak Separuh Nyawa," katanya kepada mStar.



Siti Rosmizah (kiri) dan Shahrulezad (kanan).

Pada Jumaat, pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa syukur apabila drama terbaharu terbitannya berjudul Scammer menerima lebih 800,000 tontonan selepas empat episod bersiaran di Astro.

Berbangga dengan pencapaian itu, Shahrulezad berkata dia tidak menyangka drama lakonan Kamal Adli, Fasha Sandha dan Siti Saleha ini menerima sambutan hebat meskipun ia karya berat mengisahkan mengenai dunia jenayah kolar putih.

Jangan kutuk peminat saya, jangan labelkan peminat saya makcik bawang sebab saya naik kerana mereka!

SITI ROSMIZAH SEMAIL

PENERBIT/ PENULIS NOVEL

Shahrulezad turut memaklumkan drama ini bersiaran pada pukul 11 malam kerana mahu memberi ruang kepada penonton dalam golongan makcik bawang menonton drama RASN yang bersiaran sebelum itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Gara-gara kenyataannya itu, Siti Rosmizah meluahkan rasa kecewa dan menegur Shahrulezad menerusi laman Instagram.

Penerbit yang juga penulis novel ini meminta Shahrulezad menghormati karya orang lain dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan minat setiap penonton.



Tulisan Shahrulezad (kiri) mengundang rasa kurang senang Siti Rosmizah yang turut memuat naik status di Instagram.

"Jangan kutuk peminat saya, jangan labelkan peminat saya makcik bawang sebab saya naik kerana mereka... harap jadi pengajaran pada penerbit lain hormat karya org lain.

"Drama saya naik kerana anda (penonton) semua... penonton-penonton drama Melayu penyumbang besar pada industri seni. Kita sepatutnya meraikan kualiti drama Melayu semakin bagus dan diterima ramai," ujarnya.

Rindu Awak Separuh Nyawa yang dibintangi oleh Uqasha Senrose, Shukri Yahaya dan Marsha bersiaran di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain