suria

Dituduh ambil vaksin di PPV khas OKU, Zoey Rahman hanya ikut arahan MySejahtera - “Aktor dapat layanan istimewa?”

Netizen dakwa Zoey terima layanan istimewa di pusat vaksin, KLCC.

PERKONGSIAN video pelakon Zoey Rahman yang mendapat suntikan vaksin Sinovac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Rabu mengundang persoalan daripada segelintir netizen.

Menerusi komen netizen di ruang perkongsian tersebut, difahamkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di KLCC itu hanya untuk golongan orang tua dan orang kurang upaya (OKU).

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh syok sendiri beli kereta guna duit syarikat, Zoey Rahman pekakkan telinga - “Bukan staf yang bagi tapi ahli lembaga pengarah”

"Bukankah KLCC untuk orang OKU dan warga emas ke? Aktor dapat layanan istimewa?" komen seorang netizen.



Zoey membalas komen netizen tersebut.

Menjawab persoalan dia menerima layanan istimewa, pemilik Mohd Hairey Azhar Abd Rahman menjelaskan lokasi PPV itu untuk semua lapisan umur.

Zoey berkata dia juga seperti orang lain yang sentiasa mengemas kini aplikasi MySejahtera dan mematuhi setiap arahan yang diberikan.

"Setiap hari saya akan update MySejahtera. Jadi, bila dapat notifikasi untuk temu janji vaksin, saya patuh setiap arahan yang diberikan. Alhamdullilah, saya bersyukur sangat.

Cuma ada rasa sedih sikit sebab orang lain boleh rakam.

ZOEY RAHMAN

PELAKON

"Mungkin mereka beri slot yang available. Saya tak tahu pusat vaksin tu untuk siapa dan golongan yang macam mana sebab saya nampak pelbagai lapisan umur ada di sana," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, pelakon berusia 36 tahun itu turut memberi penjelasan kepada individu yang mempersoalkan dirinya menerima suntikan vaksin di KLCC.

Dalam pada itu, Zoey juga meluahkan rasa sedih kerana tidak dibenarkan untuk merakam video ketika diberi suntikan vaksin namun dia tetap akur dengan kehenak petugas kesihatan.



Zoey sedih tak dapat rakam video dia terima suntikan dos pertama vaksin.

"Masa nak suntik saya diberitahu tak boleh rakam video. Katanya memang itu adalah peraturan. Jadi saya pun okey saja la.

"Cuma ada rasa sedih sikit sebab orang lain boleh rakam. Tak dapat ambil video tak apa, janji vaksin kita dapat," ujarnya.

Sementara itu, pelakon yang juga usahawan kosmetik ini berkongsi keadaan dirinya yang tidak mengalami sebarang simptom selepas menerima suntikan dos pertama vaksin.

"Alhamdulillah sampai sekarang saya okey tak ada simptom nak demam ka. Cuma lepas suntik ada rasa mual tapi mungkin sebab saya tak sarapan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A