suria

Dituduh syok sendiri beli kereta guna duit syarikat, Zoey Rahman pekakkan telinga - “Bukan staf yang bagi tapi ahli lembaga pengarah”

Zoey menerima hadiah kereta Vellfire sempena ulang tahun kelahiran ke-36.

MENGINJAK usia 36 tahun pada 3 Januari lalu, pelakon Zoey Rahman tidak menyangka dia akan menerima hadiah istimewa berupa sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire bernilai lebih RM300,000 daripada syarikat yang diusahakannya, Mika Series.

Namun begitu, niat Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Abd Rahman berkongsikan berita gembira itu telah disalah anggap segelintir netizen yang menyifatkan pelakon dan usahawan produk set kecantikan kosmetik itu sebagai syok sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman alami ‘side effect’ selepas jalani proses tanam rambut, ramai pula tanya hukum dilakukan pada bulan Ramadan

Menurut netizen, Zoey tidak sepatutnya berasa teruja dengan hadiah tersebut kerana ia dibeli dengan menggunakan wang syarikat yang diusahanya sendiri.



Antara komen sinis netizen terhadap Zoey Rahman.

Enggan mengambil pusing apa yang diperkatakan masyarakat luar, Zoey hanya mahu menghargai pemberian yang dihadiahkan oleh ahli lembaga pengarah Mika Series kepada dirinya.

Saya tahu ada netizen yang mengecam saya di atas pembelian kereta ini, ada yang kata saya syok sendiri.

ZOEY RAHMAN

PELAKON, USAHAWAN

"Kenyataan yang keluar dalam media sebelum ini mengatakan kereta itu dihadiahkan oleh staf saya adalah tidak betul.

"Sebaliknya, kereta itu dihadiahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Mika Series kepada saya.

"Saya tahu ada netizen yang mengecam saya di atas pembelian kereta ini, ada yang kata saya syok sendiri. Padahal memang saya tidak tahu kejutan yang mahu diberikan mereka kepada saya.



Zoey Rahman tidak peduli kata-kata yang dilemparkan netizen terhadap dirinya.

"Bagi saya tiada masalah pun kalau netizen nak menghentam saya sebab sebagai selebriti apa sahaja yang kita buat ada yang suka dan pasti juga ada yang tak suka kita.

"Saya jadikan cacian mereka itu sebagai pembakar semangat untuk saya lebih berjaya dalam bidang perniagaan. Saya cuma pekakkan telinga sahaja bila dicaci atau dimaki," katanya kepada mStar.

Mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan kosmetik sejak tiga tahun lalu, Zoey juga bersyukur apabila bisnesnya kini semakin berkembang maju dan akan menggunakan kenderaan yang diterimanya demi memperluaskan produk jualannya.

"Setakat ini, syarikat saya sudah mempunyai seramai 10 orang pekerja dan kereta yang saya dapat ini pun akan digunakan untuk tujuan kerja juga.

"Mulanya ingat nak trade in kereta lama saya, Kia Sportage tapi sayanglah pula sebab tinggal tiga tahun sahaja lagi nak habis bayar," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain