suria

Isyariana akur drama 'Hati Yang Dikhianti' dihentikan sementara, ajak penonton buat aktiviti positif di rumah

Isyariana bergandingan dengan Amar dalam drama Hati Yang Dikhianati.

PELAKON drama Hati Yang Dikhianati (HYD), Isyariana akur apabila drama lakonannya itu terpaksa dihentikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti penggambaran.

Isyariana, 31, menganggap keputusan tersebut merupakan jalan terbaik demi keselamatan semua yang terlibat dalam pembikinan drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isyariana belajar mengaji ‘online’ isi masa lapang - “Tak perlu pergi spa untuk me time, masa PKP banyak timba ilmu”

"Saya rasa penundaan siaran untuk drama itu adalah jalan terbaik selepas pengumuman PKP 3.0 diumumkan untuk keselamatan semua pasukan yang terlibat di dalam pembikinan HYD.



Isyariana turut berkongsi pengumuman drama lakonannya ditunda.

"Seperti yang kita tahu virus Covid-19 bergejala dengan lebih pantas tanpa mengira sesiapa. Jadi, penundaan siaran ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

"Walaupun siaran HYD tengah berada di pertengahan tapi Insya-Allah kita doa yang baik-baik, supaya negara kita pulih daripada virus itu dan kita boleh kembali menjalankan penggambaran serta bersiaran semula," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pihak produksi Global Station mengambil keputusan untuk menghentikan aktiviti penggambaran drama yang sepatutnya bersiaran di slot Tiara itu berikutan perlaksanaan PKP atau 'total lockdown'.

Cabar diri kita untuk menghafal atau buat sesuatu yang membantu kita berfikir.

ISYARIANA

PELAKON

Drama berjudul Derita Untuk Bahagia lakonan Amar Baharin, Azar Azmi dan Hafreez Adam menggantikan slot yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 7 Jun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, pemilik nama Isyariana Che Azmi ini memohon agar peminat dan penonton drama itu untuk sentiasa mematuhi saranan kerajaan ketika dalam tempoh PKP.

"Kepada semua peminat dan penonton, saya berharap agar kita semua bersatu-padu mengikuti perintah kerajaan semasa PKP 3.0 ni. Duduklah di rumah, sama-sama kita putuskan rangkaian Covid-19.



Barisan pelakon HYD,dari kiri; Arena, Isyariana, Mona, Mia Nasir dan Zamarul.

"Banyak aktiviti yang kita boleh lakukan di rumah untuk menjadi positif, kita boleh masak atau cuba menu yang kita tak pernah buat. Cabar diri kita untuk menghafal atau buat sesuatu yang membantu kita berfikir.

"Menonton filem atau drama yang terlepas. Kalau rasa nak bercakap, kita boleh telefon ibu bapa, ahli keluarga dan kawan rapat bertanyakan khabar," nasihatnya.

Selain Isyariana, drama Hati Yang Dikhianati turut dibintangi oleh Amar Baharin, Mona Ellen, Zamarul Hisham, Mia Nasir, Shah Iskandar dan pelakon baharu, Arena Lieya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain