suria

Kongsi gambar tangan ‘baby boy’, Siti Nurhaliza syukur diberi peluang timang cahaya mata lagi

Siti Nurhaliza berkongsikan gambar tangan anak lelakinya di laman Instagram pada Selasa.

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan kesyukurannya apabila sekali lagi diberi peluang untuk merasai momen manis menimang seorang lagi cahaya mata.

Menerusi Instagram, Siti, 42, berkata proses bersalin berjalan dengan lancar berkat doa peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Aafiyah dah jadi kakak, Siti Nurhaliza selamat bersalin anak lelaki pada 7 Ramadan

"Alhamdulillah... Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini anakanda saya sudah lahir ke dunia.

"Proses melahirkan semalam (Isnin) baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik.

"Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian," katanya.

Perkongsian Siti di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Siti turut memuat naik gambar bahagian tangan bayi lelakinya tanpa menampakkan wajah.

Dalam pada itu, Siti berkata dia akan menjalani proses berpantang seperti biasa dan memastikan kedua-dua mereka sentiasa sihat.

"Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.

Alhamdulillah... Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini anakanda saya sudah lahir ke dunia.

DATUK SERI SITI NURHALIZA

PENYANYI

"Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya," ujarnya.

Siti turut menerima ucapan tahniah daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai rakan selebriti di atas kelahiran anak keduanya itu.

Siti akan berkongsi nama anaknya dalam masa terdekat.

Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti akan berkongsi mengenai nama anaknya itu dalam masa terdekat selain akan menggunakan pangkal nama Muhammad A untuk puteranya itu.

Siti berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain