suria

Azad Jasmin syukur perkahwinan cecah 9 tahun, Eira Syazira dapat hadiah barang kemas bernilai RM15,000

Azad menghadiahkan set barang kemas kepada isterinya.

PELAKON Azad Jasmin bersyukur perkahwinan yang dibina bersama aktres Eira Syazira kini sudah mencecah sembilan tahun.

Menurut Azad atau nama sebenarnya Azad Jasmin John Louis Jeffri, 44, pelbagai dugaan yang ditempuhi sepanjang tempoh itu yang membuatkan mereka matang.

ARTIKEL BERKAITAN: Azad Jazmin dedah punca tak sertai Raja Lawak, hasrat terkubur selepas adik meninggal dunia - “Partner saya dah arwah”

"Saya bersyukur ditemukan dengan isteri. Biarpun kami berbeza sikap, tapi apabila masuk dalam dunia perkahwinan kami saling percaya satu sama lain.



Eira menitiskan air mata saat diberikan kejutan daripada suaminya.

"Apa yang kami lalui sepanjang sembilan tahun ini membuatkan kami kini lebih matang, apa yang penting kami elakkan hal negatif dan tak perlu.

"Sebenarnya tak sangka juga sudah melepasi angka sembilan sebab rasa macam baru saja kahwin dan bercinta," kata Azad kepada mStar.

Meraikan ulang tahun perkahwinan yang kesembilan pada 16 September lalu, Azad memberikan kejutan paling manis buat isteri tercinta, Eira Syazira di Dealove Place, Sunway Nexis, Damansara pada malam, Sabtu lalu.

Perancangan yang dilakukan Azad sejak dua bulan lalu berjaya direalisasikan dengan ‘komplot’ ahli keluarga, sanak saudara, teman media dan blogger.



Eira dan Azad sambut ulang tahun perkahwinan kesembilan.

Azad merancang meraikan ulang tahun perkahwinan mereka termasuk bersanding semula buat pertama kali di atas pelamin dan makan beradab.

Malah kejutan dia turut memberi kejutan dengan menghadiahkan set barang kemas berupa cincin, rantai, gelang dan anting-anting bernilai RM15,000 kepada Eira.

Awal perkahwinan pasti ada rasa cemburu contohnya kalau suami balik lewat.

EIRA SYAZIRA

PELAKON

Dalam pada itu, Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi, 36, turut mendedahkan dia pernah mempunyai perasaan cemburu ketika awal perkahwinan mereka disebabkan suaminya pulang ke rumah lewat malam.

Bagaimanapun, perasaan risau dan tidak yakin itu mula hilang selepas dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Azad.

"Awal perkahwinan pasti ada rasa cemburu contohnya kalau suami balik lewat. Cuma lama-kelamaan kita mula faham rentak suami, perasaan risau dan tak yakin itu sudah kian terhakis.

"Cuba elak daripada fikir bukan-bukan. Kepercayaan jadi teras utama.



Eira dan Azad bersama anak-anak mereka.

"Apabila hidup bersama kita mula tahu sisi baik dan buruk pasangan. Saya dulu sebelum kahwin lebih serius dan dramatik tapi dapat pula suami yang gila-gila, ada saja modal lawak dan usikan buat kita ketawa sampai terbahak-bahak.

"Lebih utama apabila berkahwin, kita juga kena akrab dengan keluarga mentua. Ibu mentua pun saya sudah anggap ibu kandung sendiri. Adik lelaki dia pun sudah jadi seperti teman BFF saya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain