suria

“Ramai DM rindu nak tengok saya berlakon filem romantik”- 'Pasal Kau' kisah cinta Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sebelum kahwin

Hairul jadikan kisah cintanya dengan Hanis sebagai filem.

PELAKON Hairul Azreen mendedahkan jalan cerita filem Pasal Kau diambil berdasarkan kisah percintaan dengan isterinya, Hanis Zalikha sebelum mereka berkahwin.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 32, berkata, terdapat 30 hingga 40 peratus jalan cerita sama dengan kisah sebenar dan selebihnya sudah diubah bagi menjadikan filem tersebut lebih menarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara jaga anak sering dikritik, Hairul Azreen tiada masa baca komen negatif netizen

"Filem Pasal Kau! memang berdasarkan kisah saya pernah bekerja di sebuah hotel dan cinta saya dengan Hanis Zalikha tapi tidak lah sepenuhnya sama.



Hairul pertama kali bergandingan dengan Janna.

"Hanya dalam 30 hingga 40 peratus saja berdasarkan cerita saya dan yang lain itu kita ubah untuk menarikkan lagi cerita itu. Ada beberapa babak aksi itu pun ditambah untuk jadikan menarik.

"Lagipun ramai peminat yang mesej kata rindu nak saya berlakon semula dalam filem atau drama romantik sebab sebelum ini, saya dah selalu sangat berlakon dalam filem aksi sahaja," katanya kepada mStar.

Hairul berkongsi perkara itu ketika sesi temu bual bersama media mengenai filem terbaharunya itu menerusi aplikasi Zoom pada Isnin.



Hairul kagum dengan bakat lakonan Janna.

Filem arahan pengarah Adrian Teh itu turut dibintangi oleh Janna Nick, Nam Ron, Ameerul Afendi, Taufiq Hanafi, Theebaan serta Hafizul Kamal dan akan ditayangkan bermula 1 Oktober depan hanya di saluran Netflix.

Dalam pada itu, pertama kali bekerjasama dengan Janna Nick, Hairul mengakui pelakon itu mempunyai kelebihan dan bakat yang besar.

Saya senang ak dapat keserasian dengan Janna sebab dia tak berperangai diva.

HAIRUL AZREEN

PELAKON

Menurut pelakon filem Paskal ini, dia dan Janna mudah mencapai keserasian walaupun tidak pernah bergandingan sebelum ini.

"Walaupun saya dan Janna tak pernah digandingkan dalam mana-mana drama atau filem, tapi saya kagum dengan kelebihan dan bakat dia. Kalau nak tahu, Janna pun boleh berlawan sebab dia masuk kelas taekwondo.

"Saya pun senang nak dapat keserasian dengan Janna sebab dia tahu asal usul dan tak berperangai diva pun. Kadang-kadang, saya sendiri ada bertanyakan soal lakonan dekat dia," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain