suria

Ibu tiri berhak untuk dihargai, Faezah Elai beri nasihat kepada golongan ibu - “Jangan cucuk anak suruh benci tapi hang tak jaga!”

Faezah berpendapat ibu tiri perlu dihargai.

TUGAS seorang ibu tiri tidak mudah seperti disangka, perkara itu diluahkan pelakon Faezah Elai yang kesal dengan mentaliti segelintir masyarakat yang sering memandang serong status berkenaan.

Faezah yang menjaga tiga anak tiri daripada perkahwinan pertama suaminya pengarah Heykal Hanifah memberitahu golongan mereka berhak mendapat penghormatan seperti mana ibu kandung.

ARTIKEL BERKAITAN: Faezah Elai tidak kisah dilabel garang, asalkan anak tahu adab!

"Jadi ibu tiri bukan satu kerja yang mudah, sering disalah erti oleh masyarakat, peranan hanya dihargai segelintir pihak.



Faezah meluahkan perasaannya di IG pada Isnin.

"Jika sesuatu berlaku pada anak tiri, kamu akan disalahkan. Orang akan cakap duduk dengan mak tiri macam itu la... mana sama duduk dengan mak sendiri. Mesti stres dengan mak tiri la tu.

"Tapi jika mereka berjaya kredit diberikan kepada ibu kandung. Apa jenis mentaliti macam ni, ini bukan zaman Cinderella mak tiri buat naya kat anak tiri," tulisnya.

Jadi ibu tiri bukan satu kerja mudah!

FAEZAH ELAI

PELAKON

Dalam pada itu, Faezah atau nama sebenarnya Nor Faezah Md Elai, 37, berkata, apa yang diperkatakan itu bukan terjadi kepada keluarganya.

Malah, tambahnya, dia menghormati perasaan ibu kandung kepada anak-anak tirinya dan tidak pernah bercerita apa-apa yang boleh mengundang perkara tidak baik.

"Saya bukan cakap pasal hidup saya, saya bersyukur dikurniakan tiga orang anak tiri yang memahami. Ya, saya jaga mereka selepas saya berkahwin.

"Saya sangat menghormati perasaan ibu mereka dan kerana itu saya tidak pernah berkongsi pendapat tentang anak tiri saya kerana bimbang ibu mereka akan marah dengan mereka," ujarnya.

Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini turut menasihatkan golongan ibu yang mempunyai anak dijaga oleh ibu tiri mereka agar tidak menanamkan sikap benci dalam diri kanak-kanak itu.



Faezah kesal mentaliti masyarakat terhadap status ibu tiri.

"Ibu tiri berhak mendapat penghormatan yang sama diterima oleh seorang ibu, mereka mencurahkan seluruh masa, tenaga dan kasih sayang kepada anak yang tidak mereka lahirkan.

"Oleh itu, kepada semua ibu, sekiranya anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang menjaga mereka, anda adalah seorang ibu yang bertuah!

"Free your children from loyalty... beritahu mereka perlu mencintai ibu bapa tiri mereka dan bukan cucuk anak suruh benci tapi hang tak bela anak hang, mak tiri yang bela"

Faezah berkahwin dengan Heykal pada 9 Setember 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna, 7 dan Aurora Heyrinna, 4 tahun.

Faezah turut menjaga tiga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, 20, Sarah, 18, dan Luq Adam, 10.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Faezah Elai, Ibu tiri, Heykal Hanifah

Artikel Lain