suria

Kerap kongsi gambar seksi, Scha Elinnea akui sering diganggu lelaki berstatus suami orang

Scha kerap memuat naik foto seksi di laman sosialnya.

KERAP berkongsi foto seksi di laman sosial, pelakon baharu Scha Elinnea mengakui menerima mesej dan foto lucah daripada lelaki berstatus suami orang.

Menurut Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen, 21, biarpun menganggap komen tersebut belum ditahap melampaui batas namun dia tetap lebih berhati-hati ketika berada di luar.

"Tidak dinafikan saya kerap dapat gangguan. Boleh katakan setiap minggu saya dapat gambar lucah di Instagram daripada orang yang berkahwin dan ada juga yang masih bujang.

Ramai lelaki berstatus suami orang pun ajak saya keluar.

SCHA ELINNEA

PELAKON

"Ramai lelaki berstatus suami orang pun ajak saya keluar. Tapi buat masa sekarang, saya tak pernah lagi dapat mesej yang melampau sangat. Pernah juga dapat komen yang kata kalau kena rogol, sia-sia sahaja.

"Bila saya tengok mesej macam itu saya akan lebih berhati-hati bila keluar. Saya akan keluar dengan kawan-kawan atau keluarga. Jadi, akan rasa lebih selamat," kata Scha kepada mStar.

Scha ditemui di sidang media memperkenalkan barisan artis di bawah pengurusan Absolut Management di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Scha sering memuat naik foto seksi di IG.

Selain Scha, antara selebriti bernaung di bawah syarikat yang sama seperti Nadiyah Shahab, Oktovia Manrose, Ikmal Amry bersama tunangnya, Najla, Harris Anuar dan ramai lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Tuan Danial ini menegaskan pakaian yang seksi bukan menjadi punca utama kes rogol berleluasa namun ia berlaku disebabkan masalah mental seseorang.

"Sejujurnya saya tak rasa seksi itu mendorong ke arah kes rogol. Benda ini atas individu itu sendiri sebab kes rogol ini ada saja melibatkan wanita yang menutup aurat sepenuhnya.

"Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Bagi saya, ia terjadi disebabkan nafsu dan akal masing-masing. kalau seseorang itu hati dan nafsu dia tak boleh kawal, itu yang terjadinya kes rogol," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain