suria

Tahniah! Ainan Tasneem hamil sepasang anak kembar - “Yang girl boleh teman kakak main masak-masak, boy teman abuya solat jemaah”

Ainan dan suami teruja bakal timang bayi kembar lelaki dan perempuan.

PENYANYI Ainan Tasneem melahirkan rasa syukur apabila dia dan suaminya, Mohamad Ariffudin bakal menimang sepasang anak kembar tidak lama lagi.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan, 28, berkata anak sulungnya iaitu Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun sangat teruja apabila mengetahui bakal memiliki dua orang adik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pelik... ada juga yang kenal walaupun sudah berpurdah” - Ainan Tasneem

"Alhamdulillah Allah beri rezeki Ainan dan Ariff untuk dapat sepasang kali ni. Insya-Allah baby boy dan girl. Kami semua gembira dengan berita ni. Salsabiela pun excited sangat nak dapat dua adik.

Terima kasih kepada semua followers yang tak jemu-jemu doakan kesihatan Ainan.

AINAN TASNEEM

PENYANYI

"Yang girl boleh la teman kakaknya main masak-masak. Yang boy pula boleh teman abuya pergi solat jemaah dan main futsal okay. Tak sabarnya nak start shopping baju-baju baby!

"Melalui keputusan pemeriksaan, doktor cakap Insya-Allah keadaan bayi semua sihat. Cukup sifat dan organ dalaman pun semuanya berfungsi dengan baik. Semoga Allah jaga dan lindungi bayi-bayi ni. Amin," katanya.

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Aku Suka Dia itu berkongsi gembira tersebut menerusi laman Instagram dengan memuat naik foto imbasan kandungannya.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi ucapan tahniah daripada netizen yang turut mendoakan segala urusan penyanyi itu berjalan dengan lancar.



Ainan dan suami mempunyai seorang anak yang kini berusia dua tahun.

"Terima kasih kepada semua followers yang tak jemu-jemu doakan kesihatan Ainan. Doakan juga semoga baby lahir cukup umur dan smooth delivery Insya-Allah.

"Ainan juga doakan pada semua yang masih menanti zuriat akan dikurniakan rezeki zuriat tak lama lagi. Aamiin Ya Rabb," ujarnya.

Ainan mendirikan rumah tangga dengan seorang jurutera iaitu Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 7 Januari 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ainan Salsabiela, 2.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain