suria

“Ada cara lebih baik untuk berdamai” - Achey sedih konflik Ali Puteh, balu Abam semakin serius

Achey harap Ali dan Nor Hidayah dapat selesaikan kemelut dengan baik.

ANGGOTA kumpulan Bocey iaitu Achey berasa sedih melihat kemelut antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, berkata dia tidak memihak pada Ali mahupun Nor Hidayah namun berpendapat isu yang berlaku itu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh pula saman kakak ipar, Nor Hidayah mengaku ambil RM10,000 dan empat utas jam arwah Abam

“Saya cakap secara umum dan tidak memihak kepada mana-mana pun. Sedih itu memang sedih sebab sepatutnya isu tersebut boleh selesai dengan cara-cara yang lebih baik.



Konflik Ali dan Nor Hidayah dibawa ke mahkamah.

“Tapi siapa la saya dan Fad untuk mencampuri urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu (failkan saman). Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap.

“Walaupun bermasam muka tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan secara berdamai supaya tidak memberikan kesan kepada orang lain, ” kata Achey kepada mStar.

Pelawak terkenal itu ditemui ketika sidang media pelancaran filem Frontliners di Big Boss, Publika pada Khamis.

Pada Rabu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bertindak memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Kalau terjadi kepada saya, mungkin boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan.

ACHEY

PELAWAK

Ali mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan saman terhadap dia dan keluarganya.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Dalam pada itu, apa yang terjadi antara mereka berdua itu boleh diambil sebagai pengajaran kerana beranggapan mungkin ia boleh berlaku kepada dirinya serta keluarga.

Bagaimanpun, Achey berharap kemelut tersebut berakhir dengan baik kerana bimbang akan memberi kesan kepada anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia setahun.



Ali memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya.

“Apa yang berlaku ini boleh dijadikan iktibar kepada orang lain dan juga diri saya sendiri. Tidak mustahil perkara itu boleh terjadi kepada diri kita sendiri. Saya dan keluarga pun kena ambil iktibar.

“Kalau terjadi kepada saya, mungkin boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan. Apa-apa pun saya berharap kemelut ini berakhir dengan baik.

“Sebab anak itu (anak arwah Abam) akan membesar. Kita tak nak nanti dia ada sifat menyalahkan semua pihak. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ali Puteh, Nor Hidayah, Abam, Achey, Bocey, hiburan,

Artikel Lain

Covid-19: 70 kilang diarah tutup