suria

Nazim Othman belanja RM15,000 beli baju untuk drama 'Pengantin Satu Malam' - “Ya... pelakon Malaysia memang kena sediakan baju sendiri”

Nazim cipta sendiri penampilannya untuk watak Zahred dalam drama Pengantin Satu Malam.

PELAKON Nazim Othman sememangnya dikenali sebagai selebriti yang sentiasa menjaga penampilan ketika berada di sebuah acara mahupun dalam drama-drama lakonannya.

Menurut Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 36, dia sanggup menghabiskan wang hampir RM15,000 semata-mata untuk penampilan sebagai Zahred dalam drama Pengantin Satu Malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi nyawa dicabut, Nazim Othman mahu perbaiki diri - “Ini satu peringatan lembut dariNya”

Nazim berkata, apa yang dilakukan itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.



Nazim membalas salah satu komen netizen yang memuji penampilannya dalam drama tersebut.

"Sebagai pelakon, saya ambil berat soal karakter lakonan saya termasuk cara berjalan, bercakap, renungan dan lain-lain. Saya belanjakan hampir RM15,000 untuk beli baju-baju Zahred.

"Ya, pelakon Malaysia memang kena sediakan baju-baju sendiri. Ini bukan sejenis complaint, ini adalah hakikat... saya okey saja.

"Walaupun ada yang kecam dengan kata-kata sinis kat saya... sebagai pelakon, saya biarkan saja sebab saya tahu komitmen yang saya bagi atas tanggungjawab yang digalas," kata Nazim.

Saya cipta sendiri stail dan penampilan untuk watak Zahred lepas baca skrip.

NAZIM OTHMAN

PELAKON

Nazim memberitahu perkara itu menerusi ruang komen di Instagram miliknya selepas mendapat pujian daripada netizen mengenai penampilannya dalam drama tersebut.

Selain Nazim, drama yang disiarkan di slot Akasia TV3 itu turut dibintangi oleh Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir.

Dalam pada itu, Nazim memberitahu dia sendiri yang mencipta penampilan untuk watak tersebut selepas membaca skrip dan bersyukur ideanya turut diterima oleh pengarah drama itu.



Selain Nazim, drama tersebut turut dibintangi oleh Amelia, Afifah Nasir dan Fizo Omar.

"Saya cipta sendiri stail dan penampilan untuk watak Zahred lepas baca skrip... syukurlah pengarah pun setuju dengan idea saya. Zahred ini sebenarnya mat bunga, romantik dan happy go lucky.

"Jadi di peringkat awal cerita, saya pakaikan dia baju-baju berwarna terang. Selepas dia kecewa, mood ke laut setelah dikhianati kekasih dan papanya. Zahred jadi kemurungan, tercampak dalam 'gaung'.

"Sejak itu saya gelapkan baju-baju dia juga, seiring dengan perubahan perangai dia yang bertukar kaku. Nampak macam tak ada perasaan dan serius sentiasa.

"Stail dan pemilihan warna baju dan cara hidup Zahred juga akan bertukar mengikut plot selepas dia kenal Zulaikha," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain