suria

Dituduh menggeletis ‘try hard’ nak dapatkan Fizo Omar, ini komen balas Azar Azmi - “Dia tenang-tenang saja, kau over love bagai”

Azar buat kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Fizo.

PERKONGSIAN pelakon Azar Azmi ketika membuat kejutan sempena hari lahir pelakon dan ahli perniagaan Fizo Omar menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Biarpun ramai yang suka melihat pasangan itu semakin rapat, namun ada juga individu berasa kurang senang dan menganggap Azar seakan-akan terlalu mencuba untuk mendapatkan Fizo.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin sweet! Azar Azmi panggil Fizo Omar teman hidup - “Thank you my life partner... yang kuat membahan, kuat menyakat”

Komen netizen di ruang perkongsian Azar.

"Menggeletisnya Azar ni. Nampak sangat try hard nak try Fizo. Orang main motor dia gedik nak main motor. Konon-konon kau la yang faham hobi dia.

"Fizo tenang-tenang saja, kau over love-love bagai haha... kesian," kata individu tersebut.

Bagaimanapun, tindakan individu itu menerima kecaman pengikut aktres itu yang menganggap komen tersebut sebagai busuk hati.

Terima kasih banyak untuk usaha buat kejutan kat saya. Sangat menghargainya

FIZO OMAR

PELAKON

Enggan melatah, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 31, turut membalas komen tersebut dengan mengajak individu itu mengenali dirinya lebih dekat.

"Mari datang jumpa saya, kemudian anda akan tahu," komen balas Azar.

Pada Selasa, Azar membuat kejutan sempena menyambut ulang tahun Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar yang ke 35 pada 19 Julai lalu yang menguatkan spekulasi mereka kini pasangan kekasih.

Menerusi kapsyen itu, Fizo turut meninggalkan komen dengan memberi ucapan terima kasih kepada Azar atas usaha tersebut.

Sehingga kini Azar dan Fizo kunci mulut mengenai hubungan mereka.

"Terima kasih banyak untuk usaha buat kejutan kat saya. Sangat menghargainya," tulis Fizo secara ringkas.

Menerusi laporan mStar pada 15 Jun lalu, Azar pernah memuat naik kapsyen di Instagram seakan-akan memberi bayangan mereka kini dalam fasa percintaan.

Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Abadul Karim pada 2013 namun mereka bercerai pada Julai tahun lalu. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.

Manakala Azar telah putus tunang dengan penerbit filem iaitu Hafiz Rozlan pada Februari lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain