Izreen Azminda dan Ude muncul di mahkamah syariah… “Jangan salah anggap, kami okey”

Izreen dan Ude dilihat hadir ke Mahkmah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat) pada Selasa.

KELIBAT pelakon Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa menimbulkan spekulasi mengenai situasi rumah tangga mereka.

Kehadiran Izreen yang berjubah dan bertudung hitam bersama suaminya membuatkan ada pihak tertanya-tanya apakah tujuan mereka hadir ke mahkamah berkenaan?

mStar berjaya mendapatkan Izreen untuk mengetahui teka-teki kehadiran mereka itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda Terima Cacian Suami Mahu Cerai Isteri Pertama

Bagimanapun, Izreen ketika dihubungi mStar menafikan perkahwinan mereka sedang dilanda badai.

Izreen berkata dia dan suami hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang dikenakan mahkamah kerana berpoligami tanpa kebenaran pada awal pernikahan mereka ketika Ude masih lagi menjadi suami kepada Intan Liana Saleh.



Izreen bernikah dengan Ude pada 8 Ogos 2017.

"Kami ke mahkamah hanya untuk membayar denda nikah. Tiada urusan lain.

"Jangan salah anggap, kami okey saja," katanya kepada mStar bagi menjawab teka-teki itu.

Izreen, 35, berkahwin dengan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 32, pada 8 Ogos 2017 secara rahsia yang ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana.

Pada 22 Mac 2018, Ude bagaimanapun menceraikan Intan selepas lima tahun berkahwin.



Izreen bernikah dengan Ude pada sebuah majlis tertutup atas permintaan pemuzik itu.

Ude dan Intan mempunyai dua anak iaitu Arish Muqri, 5, dan Ariq Muqri yang berusia tiga tahun.

Manakala Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang berusia tujuh tahun.

Hasil perkahwinan Izreen dan Ude pula, mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain