suria

Tak perlu tunggu hari ketujuh kelahiran, Ippo Hafiz sudah dedah nama anak - “Okay sahaja beritahu awal-awal, itukan doa!”

Ippo tiada masalah berkongsi nama anak sebelum hari kelahiran.

JIKA ramai selebriti lain memilih untuk merahsiakan nama anak dan menunggu sehingga hari ketujuh kelahiran sebelum mendedahkan kepada umum, penyanyi Ippo Hafiz pula memilih pendekatan berbeza.

Menurut Ippo atau nama sebenar Muhammad Hafiz Yaziz, 31, tidak salah dia mendedahkan nama anak yang bakal dilahirkan itu kerana berpendapat ia akan menjadi doa.

"Selepas doktor sahkan jantina anak dalam kandungan isteri adalah lelaki, saya terus berikan nama... kami sepakat letak nama Yusuf Zarin yang diambil bersempena nama Nabi Yusuf dan Zarin pula bermaksud keemasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ippo Hafiz patuh arahan kerajaan, duduk rumah demi anak dan isteri yang sedang hamil

"Bagi saya okay sahaja beritahu awal-awal kerana nama yang baik itukan doa. Semasa dalam perut lagi kami dah panggil nama itu supaya dia tahu itu namanya.

"Alhamdulillah, bayi membesar dengan sihat dalam kandungan dan dijangka akan dilahirkan kira-kira tiga minggu lagi," katanya kepada mStar.

Ippo teruja bakal timang anak lelaki.

Ippo ditemui semasa pembukaan restoran baharu milik pelakon Zara Zya iaitu ZaraZyaCooks yang terletak di Jalan Setia Dagang, Setia Alam, Selangor, baru-baru ini.

Ippo mendirikan rumah tangga dengan Fara Roslan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 24 Ogos tahun lalu.

Memandangkan sekarang sedang penularan Covid-19, saya berharap pihak hospital beri keizinan untuk teman isteri sampai ke bilik bersalin.

IPPO HAFIZ

PENYANYI

Dia mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda berusia empat tahun yang dijaga sejak dilahirkan.

Ditanya mengenai persediaan menyambut kelahiran anak sulung mereka, penyanyi lagu Saat Bahagia ini mengakui berdebar menantikan detik bermakna itu.

Ippo miliki seorang anak angkat yang dijaga sejak bayi lagi.

Malah, Ippo turut meletakkan harapan supaya dibenarkan untuk menemani isterinya di bilik bersalin kelak.

"Persiapan semua dah siap, isteri pun akan berpantang di rumah keluarga di Shah Alam... gementar juga menanti hari kelahiran.

"Memandangkan sekarang sedang penularan Covid-19, saya berharap pihak hospital beri keizinan untuk teman isteri sampai ke bilik bersalin.

"Sejujurnya takut juga nak tengok proses itu nanti, tapi saya cuba kuatkan diri dan reda sahajalah sebab dah janji dengan isteri akan berada di sisinya sepanjang proses itu kelak," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain