suria

“Syukur proses ini berjalan ketika kami dalam hubungan yang baik” - Sharnaaz, Nabila bercerai secara hakam

Sharnaaz dan Noor Nabila berpisah secara baik.

KEMELUT rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan ahli perniagaan Noor Nabila berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Memetik laporan Harian Metro, kakak kepada pengacara Neelofa itu berkata keputusan untuk berpisah dibuat dengan hati terbuka daripada kedua-dua belah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad gembira dapat jumpa anak tiga kali sehari - “Terima kasih Nabila! Kalau tidak saya rasa tak betul”

ARTIKEL BERKAITAN: "Baik buruk isteri dia tetap pernah jadi yang teristimewa" - Sharnaaz kesal kenyataan Noor Nabila buka aib

"Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT.

"Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai.



Sharnaaz bersama Noor Nabila dan anak mereka, Jebat Jayden.

"Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden. Itu yang paling penting. Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InsyaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya," katanya.

Dalam pada itu, Noor Nabila berkata, dia dan Sharnaaz masih berkawan dan saling menukar pandangan dan pendapat terutama dalam hal membesarkan anak mereka.

Malah, Noor Nabila berterima kasih kepada Sharnaaz kerana membantunya menjadi ibu yang terbaik buat Jebat Jayden.

Noor Nabila turut memuji bekas suaminya yang tidak melupakan tanggungjawab dan kerap datang untuk bertemu Jayden.

Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz.

NOOR NABILA

AHLI PERNIAGAAN

"Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusuh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.

"Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya. Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu.

"Sharnaaz seorang ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luangkan masa dengan Jayden. Itupun sudah buat saya sangat gembira.

"Yalah siapa lagi nak sayang anak kita betul-betul kalau bukan kami berdua," ujarnya.



Walaupun sudah berpisah, Sharnaaz dan Noor Nabila tetap berkawan demi anak mereka.

Mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Sharnaaz dan Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila

Artikel Lain