Makin sweet! Azar Azmi panggil Fizo Omar teman hidup - “Thank you my life partner... yang kuat membahan, kuat menyakat”

Azar beri bayangan hubungannya dengan Fizo Omar sudah memasuki fasa baharu.

UMUM mengetahui pelakon Azar Azmi dan Fizo Omar kini semakin rapat namun masing-masing masih mengunci mulut mengenai status hubungan mereka.

Bagaimanapun menerusi kapsyen di perkongsian terbaharu Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 31, seakan-akan memberi bayangan hubungan mereka kini sudah memasuki fasa baharu.

Dalam muat naik tersebut, pelakon drama Nur 2 ini berkongsi foto bersama Fizo Omar menyertai sukan permotoran off-road, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus Fizo Omar bocor rahsia makin ‘laris’ - “Pergi mana-mana ramai yang kerumun”

ARTIKEL BERKAITAN: Azar Azmi putus tunang dengan penerbit filem - “Saya dan dia dah tak berkawan, sampai sini saja jodoh kami”

"Thank you to my life partner (terima kasih kepada pasangan hidup saya) Dia cakap Mek Ja (merujuk dirinya) bersiap nak pergi Pavilion (pusat membeli-belah) ya?

"Yang kuat membahan, kuat sakat, kuat menyakitkan hati, kuat gelakkan Mek Ja... kuat bagi semangat juga dan sentiasa memastikan semua peralatan berada dalam kedudukan yang betul, Fizo Omar," tulisnya.

Kapsyen ditulis Azar menarik perhatian peminat di Instagram.

Gara-gara kapsyen tersebut, pengikut mula membanjiri ruangan komen dan meluahkan rasa teruja jika benar pasangan ini benar-benar sedang dilamun cinta.

"Wah, my life partner? kita suka... Mek Ja dan Abe Fizo kahwin cepat ya!

"Jadi anda berdua bercinta ke ni? Suka tengok kamu berdua, suruh Abe Jo cepat masuk meminang," komen peminat.

Pada awal Mei lalu, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar mengakui selesa berkawan rapat dengan Azar, namun kedua-duanya masih belum memikirkan tentang jodoh.

Azar bersama Fizo menyertai sukan lasak motorcross.

"Ramai yang kaitkan kami dan mengusik. Apa yang boleh saya kata, kami memang berkawan rapat dan dia adalah kawan yang baik. Saya pernah gagal dalam perkahwinan dan dia pun pernah putus tunang.

"Azar berperangai gila-gila. Sesiapa pun selesa berkawan dengannya. Bagaimanapun, setakat ini masih jauh untuk mentafsirkan hubungan kami.

"Jadi kami tak pernah berbincang mengenai hubungan cinta buat masa sekarang. Jika ada jodoh, saya terima. Kadang-kadang, tak perlu bercinta bagai nak rak pun, tapi kalau jodohnya kuat... menjadi juga!" katanya.

Sebelum ini, pasangan pelakon drama Maaf Tak Indah ini sering kelihatan bersama menghasilkan kandungan video untuk saluran Youtube Fizo Omar.

Fizo bercerai dengan usahawan Mawar Karim pada Julai tahun lalu, manakala Azar putus tunang dengan penerbit filem, Hafiz Rozlan pada Februari lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Azar Azmi, Fizo Omar

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kerja rumah sebenarnya tugas siapa?