suria

Almy Nadia stres digelar pelahap, tak habis-habis kaitkan dengan keguguran - “Tunggu aku bawa kau makan kat balai!”

Almy dikecam gara-gara netizen kurang senang melihat cara dia membuat ulasan makanan.

SERING membuat ulasan makanan di laman sosial, pelakon Datin Almy Nadia bengang apabila menerima kata-kata kesat daripada seorang individu di laman sosialnya.

Menerusi perkongsian Almy, 34, individu itu turut mengaitkan keguguran yang dialami baru-baru ini dengan cara dia membuat ulasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali keguguran, netizen cadang Almy Nadia henti buat ulasan makanan - “Itu amanah Allah dan rezeki untuk anak-anak saya”

"Ada ke orang tengok kau melahap makanan-makanan sampai sembilan minit kat IGTV tu? Review makanan memang kena tunjuk kau makan sampai habis berpuluh-puluh balang ke tu?

Almy muat naik paparan skrin mesej individu tersebut.

"Patut gugur banyak kali! Semua membantai saja. Haha... Dasar pelahap!" kata individu tersebut.

Dalam pada itu, Almy berkata, perkara itu membuatkan dia berasa tertekan sehingga menganggu fokusnya terhadap kerja.

"Minggu paling stress dengan komen orang, Allahuakbar... Lama dah tak ada perasaan ini tapi perasaan ini mula datang dengan orang petik fasal anak!

Benda paling sakit hati berkait pula dengan benda lain!

ALMY NADIA

PELAKON

"Benda paling sakit! berkait pula dengan benda lain... Panjang cerita dia. Allahuakbar. Hari ini punya review belum mula sebab ambil mood yang tengah down ini.

"Kejap lagi mat bengkak nak buat review kena maki pula. Ya Allah," tulis Almy di Instastory miliknya.

Menurut laporan mStar pada 29 Mei lalu, segelintir netizen mencadangkan agar Almy berhenti melakukan ulasan produk makanan di laman sosialnya selepas dua kali mengalami keguguran.

Bagaimanapun, Almy, 34, menafikan perkara itu menjadi punca dia keguguran dan dia akan tetap meneruskan aktiviti itu selepas kembali sihat.

Almy, Fizz dan anak-anaknya.

Dalam pada itu, suaminya pelakon Datuk Fizz Fairuz berkata, dia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

"Pehhh... tunggu aku bawa kau pergi makan kat balai okay! See you!" tulis Fizz di Instastory miliknya pada Rabu.

Pada Mei lalu, Almy telah menjalani pembedahan mencuci rahim selepas mengalami keguguran kandungan yang ketika itu baru berusia enam minggu.

Sebelum itu, Almy pernah mengalami keguguran pada usia kandungannya 14 minggu pada Februari lalu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Almy Nadia, Fizz Fairuz,

Artikel Lain

Bapa MB Selangor meninggal dunia