suria

Jebat cedera di muka akibat jatuh tersembam di jalan tar- “Hancur hati mommy tengok tapi takpa anak jantan kan”

Nabila sedih melihat kecederaan anaknya.

HATI ibu mana yang tak sedih apabila melihat anak mengalami kecederaan di bahagian muka selepas jatuh di jalan raya hadapan rumah.

Begitulah perasaan isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila apabila anak mereka, Jebat Jayden mengalami luka di dahi dan hidung selepas terjatuh di jalan tar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Baik buruk isteri dia tetap pernah jadi yang teristimewa" - Sharnaaz kesal kenyataan Noor Nabila buka aib

Menurut Nabila, hatinya hancur melihat kecederaan yang dialami anak lelaki yang terlalu ghairah berlari sehingga terjatuh.



Sharnaaz dan Nabila mempunyai seorang anak lelaki, Jebat.

"My strong boy. Seronok punya lari... Jatuh tersembam muka kat jalan tar depan rumah. Aduh, hancur hati mommy tengok ini tapi tak apa anak jantan kan, katanya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya dan rakan selebriti yang mendoakan semoga Jebat cepat sembuh daripada kecederaan yang dihadapinya.

"Allahu Jebat. Kesian tengok kalau anak kena macam ini... Sakit tetap sakit tapi Jebat kena kuat tahu baby boy ni, hensem ni ya.

"Anak saya pun pernah jatuh macam ni. Insya-Allah, tak ada apa. Kalau luka surface saja. Dalam masa dua tiga minggu dah elok. Kulit baby biasa cepat sembuh, get well soon Jebat kacak.



Nabila dan anaknya, Jebat.

"Alahai, kesiannya dia. Get well soon good boy," komen beberapa peminat.

Nabila dan Sharnaaz mendirikan rumah pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Bagaimanapun, rumah tangga pasangan ini berdepan masalah dan dalam proses perceraian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain