suria

Erra Fazira, Syafiq Kyle harap rakyat Malaysia duduk rumah - “Kalau ada yang degil, tolonglah sekolahkan secara berjemaah”

Erra dan Syafiq menasihati netizen di laman sosial untuk berada di rumah.

BERITA penularan wabak Covid-19 yang tersebar di media sosial menyebabkan segelintir rakyat Malaysia menjadi terlalu panik sehingga membuat keputusan untuk balik ke kampung halaman masing-masing.

Penyanyi dan pengacara Erra Fazira berharap rakyat Malaysia mengikut Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan pihak kerajaan bermula Rabu sehingga 31 Mac depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Soalan-soalan lazim mengenai Perintah Kawalan Pergerakan... apa yang anda perlu tahu?

Menurut Erra atau Fazira Wan Chek, 46, biarpun perintah tersebut menyebabkan ekonomi terganggu dan banyak kerja tertangguh namun kesihatan menjadi keutamaan.

Erra berharap rakyat Malaysia mengikut perintah kerajaan.

"Fahami jaluran wabak C19. Ada sebab disuruh duduk di rumah. Tolong jangan keluar tanpa urusan penting! Sangat penting!

"Ya... bosan. Ya ekonomi terganggu... ya banyak kerja tertunda... tapi semua itu tidak bererti andai kesihatan kita menjadi taruhan.

"Malah, bukan kita sebagai individu tetapi seluruh keluarga, seluruh kawasan, seluruh daerah, seluruh negeri dan negara akan pincang.

"Kalau ada yang degil, tolonglah sekolahkan atau tarbiahkan secara berjemaah (cara baik) kerana tindak-tanduknya akan mengundang parah kepada orang lain," katanya.

Ya ekonomi terganggu... ya banyak kerja tertunda tapi semua itu tidak bererti andai kesihatan kita menjadi taruhan.

ERRA FAZIRA

PENYANYI DAN PENGACARA

Penyanyi lagu Menangkah Cinta itu berkongsi nasihatnya di laman Instagram dan rata-rata pengikut menyokong pendapat itu.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini selama dua minggu.

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Malaysia kini menjadi negara yang mencatat kes positif Covid-19 atau koronavoirus tertinggi di rantau Asia Tenggara.

Nasihat Syafiq kepada rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, pelakon Syafiq Kyle turut memberi nasihat agar semua rakyat berada di kediaman sendiri dan tidak perlu keluar sekiranya tiada keperluan.

"Guys, tolong tolong tolong duduk di rumah kalau tak ada keperluan untuk keluar okey? Sama-sama kita tolong bendung penularan Covid-19.

"Dan berdoa agar segalanya kembali pulih seperti sedia kala. Stay safe guys," tulisnya di laman Twitter pada Rabu. 

Artikel Lain