suria

Afieq Shazwan mohon maaf dukung Wani Kayrie ketika ‘live show’ - “Saya angkat dia pun tak lama... dalam tiga saat saja”

Tindakan Afieq merangkul pinggang dan mendukung Wani menerima kritikan sesetengah penonton.

PENYANYI Afieq Shazwan menerima teguran daripada peminat berikutan tindakannya merangkul pinggang dan mendukung Wani Kayrie semasa persembahan malam final Dansa Dan Sing yang berlangsung pada penghujung bulan lalu.

Menurut Afieq, 23, aksinya pada malam itu hanya berniat untuk menghiburkan penonton dan tidak menjangka ia menjadi perbualan hangat segelintir penonton.

"Saya akui ada yang tegur aksi saya itu... sejujurnya persembahan kami hanya untuk menghiburkan penonton sebagai satu kejutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tak halang Afieq Shazwan ‘kawan rapat’ dengan Wani Kayrie

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh bercinta dengan Afieq Shazwan, Wani Kayrie kata tak boleh!

"Tapi lain pula jadinya, awal-awal tu orang tak perasan cuma apabila keluar gambar dan video di media sosial baru ramai yang komen dan tegur persembahan kami.

"Ada yang bagi pelbagai komen negatif dan positif, apa-apa pun persembahan itu dilakukan atas permintaan dan persetujuan kedua-dua pihak. Saya angkat dia pun tak lama dalam tiga saat saja," katanya kepada mStar.

Afieq ingin menarik perhatian penonton dengan persembahan memukau.

Pada malam akhir Dansa Dan Sing itu, Afieq menjadi artis jemputan bergandingan bersama peserta Wani Kayrie dan kumpulan De Litz mempersembahkan tarian dan nyanyian lagu Uptown Funk X Say My Name!.

Bagaimanapun, persembahannya itu menerima kritikan netizen apabila Afieq dilihat mendukung Wani pada akhir tarian.

Sementara itu, penyanyi lagu Lelaki Di Telefon ini memohon maaf jika aksinya mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.

Saya minta maaf kalau bersangka buruk tentang benda itu, jangan fikir bukan-bukan itu hanya persembahan... selepas ini saya akan lebih berjaga-jaga!

AFIEQ SHAZWAN

PENYANYI

"Saya minta maaf kalau ada bersangka buruk tentang benda itu, jangan fikir bukan-bukan itu hanya persembahan, selepas ini saya akan lebih berjaga-jaga.

"Sebelum ini pun saya pernah dukung lebih perempuan dalam persembahan lain atas arahan tenaga pengajar tapi tak jadi isu... mungkin kali ini sebab dengan Wani, itu yang jadi isu.

"Maaf ya, selepas ini saya akan lebih berhati-hati," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, salah satu rancangan terbitan mStar iaitu #Bizibody yang menampilkan Afieq Shazwan sebagai artis jemputan tercalon bagi kategori Program MeleTOP  di Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).

Bizibody episod Intai Zoo Mini Afieq Shazwan itu bersaing dengan empat lagi program iaitu Big Stage Siri 2 Akhir, Gegar Vaganza Siri 6 Episod 7, Maharaja Lawak Mega 2019 Akhir dan Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir.

Dalam pada itu, sesi undian fasa kedua untuk mengundi senarai Top 5 bintang kegemaran yang dibuka sejak 3 Mac lalu akan diteruskan seperti biasa menerusi laman web rasmi AME 2020 di www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS hingga 12 April 2020, jam 12.00 tengahari.

Afieq Shazwan, Wani Kayrie

Artikel Lain