“Saya tak gembira dengar lagu dia, orang puji di depan tapi mengata di belakang” - Baby Shima kata ramai jadi pengampu Aliff Syukri

Shima hanya ingin memberi pendapat secara jujur terhadap lagu terbaharu Aliff.

KOMEN yang ditinggalkan Baby Shima yang seakan mengkritik vokal Datuk Seri Aliff Syukri membuatkan usahawan kosmetik itu mempersoalkan semula kredibiliti suara penyanyi itu.

Menurut Shima, 27, dia sekadar memberi pandangan secara jujur kerana beranggapan Aliff dikelilingi 'pengampu' yang hanya tahu memuji tetapi mengutuk di belakang.

ARTIKEL  BERKAITAN: Keji watak Wan Maimunah, Aliff Syukri dan Sajat hanya ikut skrip - “Saya mohon maaf dan janji tak buat lagi”

"Saya hanya ingin komen secara jujur saja. Sememangnya saya rasa tak gembira apabila mendengar lagu dia. Bagi saya, lagu dan muzik sudah bagus tetapi macam ada yang tidak kena.

"Kalau dilihat orang industri pun tak pernah nak tegur kelemahan Datuk Aliff, yang ada pun puji tapi belakang mengata.

Aliff beranggapan komen Shima di Instagramnya itu seakan mengkritik vokalnya.

"Mungkin di sekitar Datuk Aliff ini dikelilingi 'pengampu' yang suka membodek saja," kata Shima ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Menerusi komen di Instagram tersebut, Shima memberitahu dia menyukai lagu duet terbaharu Aliff bersama penyanyi Indonesia, Upiak berjudul Cowok Baru namun berasakan vokal pengasas produk D'Herbs Terlajak Laris itu tidak sesuai dengan lagu tersebut.

Biarpun Aliff mempertikaikan semula vokal Shima namun rata-rata netizen lebih memihak kepada penyanyi yang kini bertapak di Indonesia itu.

Kebanyakan netizen bersetuju mengatakan sekurang-kurangnya suara penyanyi lagu Roadbloack Hatiku itu lebih bagus berbanding Aliff.

Antara netizen yang memihak kepada Shima.

Dalam pada itu, bekas peserta program realiti Big Stage ini memberitahu seseorang perlu memberi penilaian yang jujur supaya Aliff dapat memperbaiki kelemahan dan menjadi lebih baik.

Bagaimanapun, Shima tidak kisah sekiranya penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu tidak dapat menerima tegurannya.

"Kena ada orang yang jujur nilai karya dia. Jadi, saya pun cuma nak bagi penilaian saja dan bukan saya kutuk pun. Baca semula ayat saya tu, tidak ada kutuk pun.

"Sebenarnya selama ini juga saya tak pernah komen di Instagram Aliff, cuma kali ini saya kena komen sebab sayang lagu-lagu dia semua bagus tambahan pula dia buat di Indonesia dan lagu dangdut pula tu.

"Tapi tak apa la kalau dia tak dapat terima pendapat saya. Bagi saya, orang nak berkawan, kita berkawan tapi kalau orang nak bermusuh, kita buat bodoh saja," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19