Sampai bila nak hidup 'lagha' - Mila Jirin akui bukan mudah istiqomah tutup aurat - Hiburan | mStar

Sampai bila nak hidup 'lagha' - Mila Jirin akui bukan mudah istiqomah tutup aurat

Mila percaya ketentuan rezeki daripada Allah.

SELEPAS lima tahun berpenampilan muslimah, penyanyi Mila Jirin mengakui dirinya kurang menerima tawaran dalam bidang nyanyian.

Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 31, pada awalnya dia agak bimbang mengenai hal itu namun tetap nekad meneruskan niat tersebut dan percaya ketentuan tuhan.

"Waktu saya nekad berhijab, hati saya terdetik sampai bila aku nak hidup dalam lagha? Aku tahu bertudung tu wajib tapi kenapa aku menidakkan kewajiban itu?

"Saya berdoa... Ya Allah bimbing aku Ya Allah... jangan bolak-balikkan hatiku Ya Allah... ada juga bisikan bisikan syaitan bermain-main diminda macam mana jika tak ada orang panggil show lagi lepas bertudung? Saya kuatkan hati rezeki dari Allah bukan dari manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Mila Jirin tumpah kejutan hari jadinya sebuah majlis doa selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Mila Jirin sedih kerana uzur ketika menunaikan Umrah

Mila berhijab sejak tahun 2014.

"Benar rezeki itu milik Allah, walaupun rezeki dalam dunia seni kurang tetapi Allah gantikan rezeki yang lebih baik dalam perniagaan. Saya bersyukur dengan segala rezeki yang Allah pinjamkan," tulisnya menerusi laman Instagram.

Dalam pada itu, Mila berkata keputusannya untuk berhijab memerlukan pengorbanan yang besar dan bukan mudah untuk kekal istiqomah.

Justeru itu, dia mencari sahabat yang boleh membantunya menuju kearah kebaikan dan kekal positif.

Walaupun kurang tawaran dalam bidang seni, namun rezeki perniagaan bertambah.

"Walaupun dah bertudung, nak kekal istiqomah dalam menutup aurat bukan mudah, kena pilih kawan yang baik yang sering mengajak kita kearah kebaikkan.

"Seronok berkawan dengan sahabat-sahabat yang baik ni, kita jadi positif dan kita jadi berlumba-lumba nak kejar kebaikan.

"Insya-Allah, moga Allah tetapkan iman dan beri hidayah buat kita semua," ujarnya.

Mila Jirin

Artikel Lain

Sultan Ahmad Shah mangkat