“Kalau keluarga sudah restu kami akan bertunang” - Zahirah MacWilson - Hiburan | mStar

“Kalau keluarga sudah restu kami akan bertunang” - Zahirah MacWilson

Zahirah seakan beri bayangan bakal bertunang dengan Aiman tidak lama lagi.

PELAKON Zahirah MacWilson memberi bayangan dia dan kekasihnya, Aiman Hakim Ridza bakal mengikat tali pertunangan selepas selesai penggambara MegaDrama Curi-curi Cinta.

Zahirah,24, bagaimanapun tidak dapat memberi kepastian mengenai khabar gembira itu disebabkan komitmen kerja yang masih belum selesai.

"Bagi saya kalau keluarga kami merestui hubungan ini, kalau semuanya berjalan lancar, kami akan membincangkan untuk ke fasa seterusnya, iaitu bertunang.

"Buat masa ini belum ada perbincangan secara terperinci mengenai itu, tapi dia ada datang bawa keluarga dia berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkongsi kapsyen romantis... Aiman Hakim, Zahirah beri gambaran sedang bercinta


Keluarga kedua belah pihak sudah mengenali.

"Mungkin dia akan datang sekali lagi masa bulan puasa, apapun saya nak habiskan shoot ni semua insyallah selepas itu kita tengok macam mana," katanya kepada mStar Online.

Zahirah ditemui pada sidang media selepas majlis peragaan baju raya Starvilion 2019 di Royale Palace, Shah Alam pada Khamis.

Bercerita lanjut mengenai personaliti kekasihnya itu, Zahirah berkata dia tidak berasa kekok meskipun digandingkan untuk berlakon bersama.

"Berlakon dengan Aiman sangat mudah, keserasian antara kami memang dah ada, dia juga seorang yang bijak jadi mudah untuk kami duduk dan berbincang.

"Sebenarnya lebih mudah untuk kami bekerja bersama. Tiada rasa janggal untuk berlakon bersama walaupun dia teman lelaki saya. Dia profesional.

Zahirah selesa bersama Aiman.

"Aiman juga bukan seorang yang cemburu atau jenis yang kuat kongkong," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kontroversi yang melanda dia dan Aiman kerana dilihat secara terbuka memaparkan kemesraan hingga mengundang rasa kurang sesetengah pihak Zahirah punya jawapan tersendiri.

"Saya faham kalau ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan kemesraan antara dan Aiman.

"Realitinya, kami bukanlah jenis yang berkepit. Kami masih menghormati orang disekeliling," ujarnya.

Zahirah dan Aiman kini sibuk menjalani penggambaran MegaDrama Curi-curi Cinta sebanyak 28 episod dan bakal menemui penonton 29 April ini.

Artikel Sebelum

Tahniah Rosma-Khai dapat anak ketiga

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain