suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah Rosma-Khai dapat anak ketiga

Pasangan Khai dan Rosma selamat timang anak ketiga mereka.

PENYANYI Rosma yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia 1 (AF1) selamat melahirkan cahaya mata ketiga hasil perkongsian hidup dengan penyanyi Khai.

Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik, 34, melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Nur Alya Dhania pada pukul 1.48 petang, Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Kasih 'Hentam' Rosma


Khai bersama anak ketiganya, Nur Alya Dhania

"Syukur Alhamdulillah, anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan dengan berat 2.8 kilogram.

"Terima kasih atas doa-doa kalian dalam memudahkan urusan melahirkan anak ketiga kami," tulis Khai di Instagram.

Keluarga bahagia Khai dan Rosma

Rosma dan Khai mendirikan rumah tangga pada 2018.

Lebih manis, Khai atau nama sebenarnya Khairul Nizam Mohamad juga berkata bulan April menjadi lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata ketiga ini apabila ia hampir dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka dan hari lahir Rosma sendiri.

Rosma kelihatan tenang sebelum melahirkan cahaya mata ketiganya

"Dalam bulan April ada tiga tarikh penting buat saya.

"11 April hari lahir Dhania, 16 April hari lahir Rosma dan 26 April merupakan hari ulang tahun perkawhinan kami,' jelas Khai.

rosma, khai

Artikel Lain