Bawa ibu-bapa ke Tanah Suci kerana bayar nazar - Nabila Razali - Hiburan | mStar

Bawa ibu-bapa ke Tanah Suci kerana bayar nazar - Nabila Razali

Nabila bersama kedua ibu bapanya.

PELAKON dan penyanyi Nabila Razali bersyukur dapat melaksanakan nazarnya untuk membawa ibu-bapanya menunaikan ibadah Umrah.

Nabila, 27, berkata, dia menunaikan nazar itu selepas dapat memegang watak utama dalam drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati pada tahun 2017.

“Saya pernah bernazar kalau dipilih terlibat dalam drama itu saya nak bawa mak dan ayah ke Tanah Suci.

“Alhamdulillah, selepas itu jadual pula tidak mengizinkan kerana terlalu sibuk. Sudah masuk dua tahun dan saya rasa tidak boleh tangguhkan lagi,” ujarnya kepada mStar Online

Nabila tunaikan nazar bawa ibu bapa ke Makkah.

Nabila berangkat menunaikan ibadah tersebut bersama bapanya Mohd Razali Mura dan ibunya Shamsidah Abd Rahman selama dua minggu pada 5  hingga 16 Februari lalu. 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Vroom Vroom ini berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sepanjang berada di Tanah Suci. 

Lebih menggambirakan dapat membawa kedua-dua ibu bapanya menggunakan hasil titik peluh sendiri. 

“Syukur Alhamdulillah, ibadah dan semua urusan kami dipermudahkan sepanjang dua minggu di sana saya berasa sangat tenang. 

“Perasaan gembira, sebak dan macam-macam lagi. Ia susah untuk digambarkan terutama bila tengok muka mak dan ayah,” ujarnya. 

Nabila beryukur segala urusan dipermudahkan.

Ditanya tentang doa yang dipintanya, Nabila berkata, dia memohon agar dimurahkan rezeki untuk menunaikan ibadah Haji. 

Dia juga berdoa agar kerjaya seninya berjalan lancar.

“Doa saya supaya dimurahkan rezeki untuk keluarga kami, kesihatan yang baik dan semoga dipanggil untuk menunaikan ibadah Haji pula satu hari nanti. 

“Saya juga berdoa dapat membawa kakak dan abang sekali menunaikan ibadah ini,” ujarnya. 

Nabila Razali

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Ratusan hadiri pengebumian Faziani