Potong atau tidak? Syarikat rakaman hanya ikut arahan Adira bukan Datuk Red - Hiburan | mStar

Potong atau tidak? Syarikat rakaman hanya ikut arahan Adira bukan Datuk Red

Adira menimbulkan kontroversi lagi.

SYARIKAT rakaman Nova Music hanya mengikut arahan penyanyi Adira Suhaimi sama ada untuk memotong atau tidak adegan bersentuhannya dengan lelaki dalam muzik video Pujaan Hati yang dilancarkan Rabu lalu.

Pengarah urusannya Rosmin Hashim berkata, pihak Nova Music hanya akan mengambil tindakan tersebut sekiranya mendapat arahan penyanyi berkenaan sebagai pihak yang menandatangani kontrak bersama mereka.

"Pihak Nova Music mempunyai perjanjian rakaman dan pengurusan dengan Adira dan akan mengikut arahan Adira mengenai adegan bersentuhan dengan bukan mahram dalam klip video Pujaan Hati," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL  BERKAITAN: “Potong babak bersentuhan atau saya akan padam muzik video itu!” - Adira khianati kepercayaan suami

Suami Adira Datuk Red kurang senang babak bersentuhan dalam MV Pujaan Hati

Beliau mengulas permintaan suami penyanyi itu, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang kurang senang apabila terdapat adegan bersentuhan Adira dengan lelaki bukan mahram dalam muzik video tersebut.

Menerusi laporan mStar Online pada Selasa, Datuk Red kecewa apabila tegurannya supaya babak tersebut dibuang tidak diendahkan Adira.

Malah, dia memberi tempoh kepada syarikat rakaman untuk memotong bahagian terbabit atau dia sendiri akan mengambil tindakan memadam video muzik tersebut.

Adira , Nova Music