“Nanti dah puas enjoy baliklah ke pangkal jalan” - Teguran Fara Hezel buat seseorang - Hiburan | mStar

“Nanti dah puas enjoy baliklah ke pangkal jalan” - Teguran Fara Hezel buat seseorang

Fara beri peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakannya.

PENYANYI Fara Hezel memberitahu status luahan kekecewaan yang dimuat naik di Instastorynya ditujukan kepada seseorang.

Menurut Fara atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri, 23, status tersebut bukan memberi gambaran dia sedang bercinta namun ia sekadar pengingatan buat rakan-rakan dan juga dirinya.

"Status yang saya muat naik itu memang ditujukan untuk seseorang. Tapi seseorang itu hanya sekadar kawan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Hezel mahu sambung belajar tapi keliru nak pilihan jurusan


Beberapa status yang dimuat naik Fara di Instastory miliknya.

"Bukan kecewa sebab sedang bercinta. Tapi sekadar peringatan buat semua orang yang usia dah meningkat supaya beringat-ingatlah kalau nak buat sesuatu perkara itu.

"Selain itu, untuk diri saya juga supaya sentiasa berfikiran matang dalam setiap apa yang dilakukan," katanya kepada mStar Online.

Fara diminta mengulas mengenai beberapa status yang dimuat naik seakan memberi gambaran sedang kecewa dengan sikap seseorang.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Pasrah ini mahu memberi tumpuan sepenuhnya mencari rezeki dan menyasarkan tahun 2020 untuk berkahwin.

Fara mahu berkahwin pada 2020.

"Tahun ini memang saya nak kerja keras cari rezeki dan kumpul duit. Sebab itu saya nak fokus pada kerja sahaja.

"Insya-Allah saya memang ada sasaran nak kahwin pada tahun 2020. Jadi, buat masa sekarang ini, soal bercinta atau kahwin itu saya ketepikan dahulu," ujarnya.

Sementara itu, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini bakal mengeluarkan single ketiga berjudul Sukarnya Untukku pada Mac atau April depan.

"Saya baru sahaja merakam single ketiga tapi lagu itu akan dikeluarkan pada Mac atau April depan sebab ambil masa yang agak lama untuk siap sepenuhnya," katanya.

Fara Hezel

Lebih Artikel