Fara Hezel mahu sambung belajar tapi keliru nak pilihan jurusan - Hiburan | mStar

Fara Hezel mahu sambung belajar tapi keliru nak pilihan jurusan

Fara belum menetapkan mana-mana kolej untuk dia menyambung pelajaran.

PENYANYI Fara Hezel membuat perancangan untuk menyambung pelajaran peringkat ijazah sarjana muda pada tahun hadapan.

Fara atau Nurfaraazira Yusri, 22, berkata, dia masih memikirkan jurusan yang bakal diambil sama ada dalam bidang perniagaan atau muzik.

"Insya-Allah memang dah ada perancangan untuk tahun hadapan sambung belajar dalam ijazah sarjana muda pula.

"Kalau difikirkan untuk masa hadapan, memang nak sambung dalam bidang perniagaan tapi sekarang minat memang ke arah muzik dan teater.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaburkan dada foto seksi... Ini jawapan Fara Hezel!


Fara bakal menyambung pelajaran pada tahun hadapan.

"Jadi, saya belum buat keputusan lagi nak sambung bidang apa selepas ini. Tapi bapa saya pula suruh ambil jurusan komunikasi media," katanya kepada mStar Online.

Fara turut ada meminta pandangan peminatnya mengenai kolej yang menyediakan jurusan tersebut menerusi laman sosialnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Setiaku Pasti ini akan bahagikan masa belajar dan karier seninya selepas ini.

Bagaimanapun, kakak kepada penyanyi Aiman Tino memberitahu dia masih belum menetapkan universiti atau kolej untuk menyambung pelajaran.

Fara Hezel.

"Buat masa sekarang, saya tak tahu lagi nak sambung belajar dekat universiti atau kolej yang mana satu.

"Kalau ikutkan yang dekat dengan rumah, mungkin Segi College atau Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Saya akan sambung belajar secara part-time (sambilan). Kelas hanya Sabtu dan Ahad, jadi saya tak ada masalah nak bahagikan masa untuk karier nyanyian juga," ujarnya.

Fara telah menamatkan pelajaran adalam jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak pada tahun lalu.

Fara Hezel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel