suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hamil 7 minggu, doktor dah benarkan Shima Anuar melancong

Shima dan suaminya, Mohd Solih Toha. Foto Instagram @shimaanuar

PELAKON Shima Anuar secara sinikal memberitahu dia sudah mendapatkan kebenaran daripada doktor untuk bercuti ke luar negara walaupun dia hamil tujuh minggu anak keduanya.

Shima, 27, berkata, dia memberitahu perkara itu kerana bimbang jika ada yang bertanya sama ada ibu mengandung dalam trimester pertama boleh menaiki kapal terbang atau tidak.

"Untuk pengetahuan saya dah tanya dengan doktor, dia beritahu okay kalau nak pergi travel.

"Kot-kot la ada yang tanya sat lagi, boleh ke travel awal-awal ni," tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, Shima pernah menerima kritikan daripada netizen apabila ada yang mempertikaikan dan mengkritik caranya melayan anak perempuannya, Marian Sophia dengan penuh kemewahan.

Shima bersama suami dan anak mereka Marian Sophia pada majlis sambutan hari jadinya yang pertama baru-baru ini.

Sementara itu, menerusi status sama, Shima memberitahu dia tetap meneruskan percutian tersebut memandangkan perancangan telah dibuat sebelum dia mengetahui dirinya hamil.

Pun begitu kata Shima, dia tetap berasa bimbang akan berasa cepat letih namun ia bukan kali pertama dia menempuh perjalanan jauh ketika hamil.

"Sebelum ini masa mengandungkan Sophia, saya mula travel selepas kandungan empat bulan macam tu... Ketika itu pun semua alahan dah habis dah.

"Tapi kali ini nak kena travel masa dalam trimester pertama ni (kerana perjalanan ini kita orang dah rancang sebelum dapat tahu saya mengandung).

"Saya cuma rasa macam cuak sikit. Takut tak larat. Any tips momies? Siapa-siapa yang selalu travel tu?," tulisnya.

Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 2017.

Shima Anuar

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia