suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Anak dara pun kenalah jaga solat kalau nak bakal suami jaga solat” - Mira Filzah

Mira sentiasa mencuba untuk menjadi yang lebih baik.

PELAKON Mira Filzah mengakui dirinya tidak sempurna namun dia sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik bermula dengan niat, hati dan usaha.

Menurut Mira, 25, sekiranya seseorang inginkan pasangan yang menjaga solat, individu itu juga perlu melakukan perkara sama.

"Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Insya-Allah.

"Semua bermula dengan niat, hati, dan usaha. Dan anak dara pun kenalah jaga solat kalau nak bakal suami jaga solat kan?" katanya.

Mira muat naik paparan skrin Instastory Uyaina.

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya.

Mira turut memuat naik paparan skrin Instastory pengacara Uyaina Arshad yang berkongsi kenyataan mengatakan seseorang itu perlu menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu.

"Sebelum nak jaga anak dara orang 'JAGA SOLAT'. Jaga hubungan dengan Allah dahulu, baru jaga hubungan dengan sesama manusia," tulisnya.

Mira Filzah

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia