suria

Ammar Alfian ada sebab kenapa sudah tidak mahu berlakon drama!

Kali terakhir Ammar Alfian berlakon drama adalah sekitar tiga tahun lalu. Foto Instagram @ammar_alfian

PELAKON Ammar Alfian memberitahu kebanyakan drama sekarang banyak memaparkan watak utama yang sama seperti kaki perempuan dan anak orang kaya.

Ammar, 31, berkata sudah hampir memasuki tahun baharu namun masih belum ada sebarang perubahan dari segi watak menyebabkan dia tidak lagi muncul di TV.

"Playboy, romeo, wanita perampas, anak Datuk... Watak tipikal dalam drama untuk pelakon lelaki utama sekarang.

"Apakah mesej yang kita sampaikan kepada generasi muda dan umum? Sudah hampir tahun 2019.

Ammar menjelaskan antara sebab utama dia tidak lagi muncul dalam mana-mana drama.

"Tak kan la tak ada sebarang perubahan? Dan anda tanya kenapa saya tidak lagi muncul di TV," kata Ammar.

Pemilik nama Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri ini mempersoalkan perkara itu menerusi laman Instagram miliknya dan mendapat perhatian pengikutnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial bersetuju dengan kenyataan Ammar dan mereka turut beranggapan kebanyakan drama memaparkan jalan cerita klise menggunakan pelakon berbeza.

Ammar Alfian.

"Dah bosan dengan jalan cerita macam ni. terlalu biasa... Terlalu klise. Rasanya industri filem mahupun drama yang memaparkan kisah kehidupan sebenar pada penonton hanyalah filem tamil.

"Terima kasih kerana memahami. Kami tidak perlukan cerita klise anak Datuk kerja CEO bercinta dengan orang gaji lagi. Tolong jadi matang.

"Betul tu. Kebanyakkan cerita melayu macam tu. Cerita yang sama, pelakon berbeza. Jalan cerita pusing-pusing situ juga," komen beberapa netizen.

Kali terakhir pelakon filem Paskal ini membintangi drama pada tahun 2015 antaranya Hello, Mr. Perfect!, Syurga Nur dan Abang Sado Jemur Kain.

Ammar Alfian

Artikel Lain