Syatilla Melvin alami pendarahan teruk, kandungan gugur - Hiburan | mStar

Syatilla Melvin alami pendarahan teruk, kandungan gugur

Syatilla Melvin bersama suami aiitu Shaheizy Sam dan anak mereka Syeriv Samheizy. FOTO: Instagram Shaheizy Sam.

KUALA LUMPUR: Pelakon Syatilla Melvin kecewa apabila hasrat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran minggu lalu.

Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 26, berkata, dia yang hamil enam minggu mengalami pendarahan yang teruk selepas melakukan kerja rumah.

“Sekitar minggu lepas, saya mengalami pendarahan yang sangat teruk selepas melakukan kerja rumah. Mungkin saya penat sangat sehingga janin yang telah berusia enam minggu gugur.

“Pada mulanya, saya agak sedih, maklumlah kami memang merancang untuk menambah zuriat. Tetapi, saya dan suami reda dengan apa yang telah berlaku,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jamu Mutyara di WowKL di sini pada Rabu.

Syatilla bersama anaknya, Syeriv Samheizy.

Isteri kepada aktir Shaheizy Sam ini berkata, dia bagaimanapun reda dengan ketentuan itu.

Pelakon drama Sha Dan Shah ini berkata dia dan Sam akan terus berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua selepas kelahiran pertama iaitu Syeriv Samheizy
yang kini berusia setahun.

“Jika selepas ini saya ditakdirkan hamil lagi, saya akan menjaga kandungan tersebut sebaiknya,” kata Syatilla yang kini masih melalui proses berpantang.

Untuk rekod, Syatilla pernah mengalami keguguran sebelum dia mengandungkan Syeriv.

Bagaimanapun, rezekinya untuk menimang cahaya mata dipermudahkan apabila disahkan hamil sebulan kemudian.

Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Mei 2017.

Syatilla Melvin , Shaheizy Sam

Artikel Sebelum

Baby Shima sedari tak popular

Artikel Berikut

Fauzi Nawawi dapat anak kelapan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain