suria

Hangatkan 'Rentap Rusia 2018' sempena saingan akhir Piala Dunia

Sebahagian daripada penyampai Suria.

PETALING JAYA: Bahang kemeriahan Piala Dunia 2018 semakin dirasai apabila pasukan Perancis dan Croatia berjaya melayakkan diri ke saingan akhir.

Sehubungan itu, stesen radio Suria dengan kerjasama akhbar Kosmo! akan mengadakan acara Rentap Rusia 2018 sempena perlawanan kemuncak yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain tayangan bola menerusi dua skrin gergasi, pihak Suria juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik bermula pukul 5 petang sehingga berakhirnya perlawanan tersebut.

Pengurus kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, acara itu merupakan koloborasi kedua mereka bersama akhbar berkenaan.

"Ini merupakan kali kedua stesen radio Suria menjadi radio rasmi bersama akhbar Kosmo! selepas Rentap Brazil pada 2014.

"Barisan penyampai kami juga akan bergilir-gilir ke udara menerusi siaran luar Suria selama dua jam pada acara itu," ujar DJ Lin menerusi satu kenyataan kepada mStar Online.

Antara aktiviti lain yang bakal diadakan adalah permainan teka balang, cosplay, pertandingan bola sepak PS4, fusbal, permainan sepak dan gol dan macam-macam lagi.

Pengunjung yang hadir juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk tiga buah televisyen, tujuh buah hamper bernilai RM350 serta barangan eksklusif Kosmo! dan Suria.

Rentap Rusia 2018 Kosmo! akan diadakan di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.

Selain DJ Lin, penyampai lain seperti Sharifah Shahirah, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Bob Ringgo, Tyzo, Suraya, Halim Othman dan Naim Hashim juga akan berada di sana bagi memeriahkan acara.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, anda boleh melayari laman web rasmi suria.my atau ikuti laman sosial Facebook, Instagram dan twitter SuriaFMMalaysia.

Suria FM, Piala Dunia 2018

Artikel Lain